Sebenaqnya pada 18 May 2012 yang lepas aku sekeluarga baru sahaja kehilangan salah seorang ahli keluarga kami yakni kakak aku ZAHIDATUL AKMAM.. Arwah pergi secara mengejut kerana terlibat dalam kemalangan dan meninggalkan seorang anak lelaki berusia setahun (Afiq)..
Arwah ni kakak atas aku tapi hubungan kami takda la rapat macam belangkas atas sebab-sebab tertentu..
Kehilangan arwah secara mengejut wat aku terpikir mati ni tak pernah tunggu kita walaupun sesaat dan bila dia mai dia tak bagi hint langsung... Selama nie aku asyik baca kat metro pasal family org len tapi bila dh kena kat diri kita baru kita sedaq dan buka mata...
Pagi Jumaat 18.5.2012
Dalam pukul 9.30 aku dapat call dari no aku tak kenal.. Nasib aritu xda kelas jadi aku jawab kalo ada kelas jgn harap aku nak jawab col..
Pemanggil "Yani, ni Mak Lang... boleh balik la kot"
Aku "Awat?"
Pemanggil "Kak Mek ang takdak dah"
Aku "Pasal pa"
Pemanggil "Eksiden"
Ya Allah... Masa dapat berita ni aku ketaq lutut kot.. Tapi satu ja aku pikiaq aku kena sampai Alor Setaq walau apa pun cara... Jadi aku cepat2 tukaq baju aku tak bagitau kat rumate aku..aku juz kata nak balik Alor Setaq ja.... Masa ni membe kamceng aku Suzi, Kila, Dada, Kak Sol teman aku p Opis kolej...
Orang opis boleh tolong setakat hantaq p Airport Senai ja... Ok aku syukur sgt... Sampai sana aku terus tuju p Kaunter Tiket MAS.. harga tiket total RM792... Adoi MAS mmg pow aku sungguh2 xpadan dgn nak bankrup....
Aku dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abd Halim ja 1450... Journey jadi panjang sbb kena transit KLIA...
Dalam pukul 4 ptg tu aku sampai kat umah... Aku egt aku mimpi tp realiti aku sudah kehilangan seorang kak
Cerita lanjut pasal eksiden kat sini
Banyak benda yang arwah titipkan... arwah nak buat langsir baru, nak perbesaq dapur, nak beli keta baru dan macam2 lagi...
Mak aku mesti lagi terasa sbb arwah ddk dengan dia...
Malas nak taip2 panjang t banjir pulak...
AKu nak ucapkan terima kasih kat Kawan2 aku sbb bagi bantuan dr segi kewangan bagai,, tolong hantaq esaimen...tolong bgtau lecturer aku tak mai... tolong hantaq aku p senai...
Akan aku egt selamanya...
No comments:
Post a Comment