Friday, 30 January 2015

Review filem 2015 : Suamiku Encik Perfect 10



Dah lama tak tonton filem melayu kat panggung hari ni aku berpuas hati sangat lepas tgk filem terbaru karya Global Station yang diadaptasi oleh novel "Suamiku Encik Perfect 10" karya Syamnuriezmil. Compare to Ombak Rindu aku rasa filem SEP10 ni lagi best kot dengan elemen kelakar, drama dan air mata yg cukup. Jalan cerita boleh kata 80% ikut dlm novel dan tak meleret2. Aku yang bukan die hard  fan Aaron Aziz pun boleh jatuh hati dengan kesweetan Zarief Daniel ni hihihihi...

Daripada pemilihan pelakon aku rasa macam tgk telemovie kat TV je.. 

Eeermmm Jasmin Hamid cakap kedah dgr bunyi mcm siam hihi..


Opening filem ni depa dok tayang2 tempat kt Alor Setaq, mmg tersentuh la dengan aku yang tak boleh balik Kedah ni huhuhu..

Yang lawaknya citer ni time ibu Alia dok membebel Alia pakai bra yg ada besi siap tunjuk kat zarief haq ni ada besi haq ni tak da besi.. Memang lawak part ni cuak je muka Aaron.

Watak Syed Muzafar yg dipegang oleh Syazwan Zulkifli bagi aku so so je la sbb aku tak suka sgt dia kot boleh mcm tu?

Aku mmg rekomen la kt sapa2 yang dok pertimbang nak tgk ke tak filem ni. Plz la sokong filem local sbb td aku pi tgk ada 4 org je dalam panggung kalo nak banding dgn filem barat penuh hall.. Note to me juga la yg tak tgk filem melayu kt panggung sbb dua minggu dah boleh download

Saturday, 24 January 2015

Sambung belajar ke kerja??


Sebagai pelajar tahun akhir yang hanya ada kurang daripada 6 bulan memegang title ‘pelajar’ aku masih dilemma sama ada nak sambung belajar atau bekerja demi mencari sesuap nasi. Sebenarnya dilemma lepas degree ni lagi teruk daripada dilemma nak sambung belajar lepas SPM sebab inilah detiknya aku akan melangkah ke realiti kehidupan. Sebelum ni aku ada mention yang aku tak mau sambung belajar atas sebab aku merasakan CGPA aku bukan lah layak untuk melanjutkan pelajaran ni. Dan point yang lebih utama aku dah give up dengan kimia!!!!

Aku memang teringin nak sambung belajar tapi not in chemistry anymore. Hidup aku ibarat telur dihujung tanduk kot setiap hari nak hidup chemical ni terdedah dengan risiko setiap hari. Aku tak pernah impikan nak kehidupan yang macam ni.

2 minggu lepas my sv tanya kenapa aku tak nak sambung belajar setelah diberitahu dek kak Risha n Claire. Aku explain la yang aku ni tak layak untuk sambung lepas tu dia pulak lecture aku huhu dengan bagi dalil2 yang betapa baiknya sambung belajar ni. Aku pun ada dalil aku tersendiri kenapa tak nak sambung belajar dan lebih prefer untuk bekerja. Antaranya

1.Aku nak support family. Ada org kata aku ni anak bongsu buat apa nak kalut nak support family.. Hey family aku family ko tak sama so shut up

2.Aku tak suka kimia

3.Dah 4 tahun belajar kimia tapi basic lemah lagi daripada budak form 5

4.Aku ni pakwe pun takda kalo sambung pastu teruskan pulak projek PSM aku ni mau sampai ketua aku tak berlaki asyik terperuk dalam lab tu

5.Nak bayaq hutang PTPTN

6.Takkan dah  umuq 24 nak parents aku support lagi kot bila pulak turn aku

7.Ekonomi merosot aku kena ada backup. Kalo sambung mmg dpt duit grant sebulan 1500 mcm tu mana nak cukup weeii

8.Aku nak belajar benda lain pulak. Dalam dunia ni banyak ilmu so bagi peluang kat diri aku nak teroka benda baru

Cukup dah kot dalil-dalil aku. Pasti ramai yang tak setuju dengan aku tapi ingat lain padang lain belalang so stop pushing me to follow your footsteps.


Sunday, 18 January 2015

Beletiaq

Hari ni aku aku agak tension dan sakit hati. Eeerrmm bukan agak tapi tahap maksimun ibarat pinatubo yang nak meletup dah. Semua sedia maklum yang cuti semester kali ni aku stay kat UTM sebab nak menyiapkan projek tahun akhir (PSM) kononnya la kan semua ini ibarat pengorbanan terbesaq yang pernah aku buat la dalam hidup aku yang hampir 23 tahun kat bumi Allah ni. So aku dah plan cantik punya apa yg aku nak buat sepanjang cuti ni supaya aku ada balance lagi seminggu lebih utk balik. Minggu pertama aku masuk lab aku buat adaptation and culture bacteria supaya hari ni aku boleh nak buat kerja tapi apa kan daya kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. So pagi2 tadi jam tak sampai pukul 8 lagi aku dah belah mai lab sekali tgk bacteria not grow OMG sakit hati maks nokkksss.. Okey i redha mungkin malam ni tak sesuai kot stay back kat lab ni.
So tadi berbalun juga la aku beletiaq kat bacteria tu dengan harapan dia faham la hihi..


Saturday, 17 January 2015

REVIEW FILEM : PK

Dah lama tak buat review filem/novel kan? So untuk 2015 ni aku tertarik utk review filem lakonan Amir Khan yang terbaru yakni PK. Tayangan filem ini mendapat tentangan banyak pihak kerana menyentuh isu agama.





Bagi aku filem PK ni memang berbaloi untuk ditonton sebab tahap kelakar dia setaraf dgn 3 idiots no wonder la sebab PK juga diarah oleh pengarah yang sama. PK (Amir Khan) ibarat seperti seorang kanak-kanak yang penuh dengan persoalan yang bermain di kepalanya kadang-kadang setiap persoalannya dimampu untuk dijawab. PK nie dalam perjalanan untuk cari balik barang dia yang hilang dan most of people told only god knows where he can find the thing so PK decided to find god. Ehehehehe terspeaking london la pulak sorry ya.

Dalam perjalanan PK mencari tuhan dia konpius sbb banyak sangat agama dan tuhan. Dalam filem ni juga dipaparkan sikap mereka yang suka ambil keuntungan atas nama agama (mungkin sbb ni PK ditentang oleh sesetengah pihak kot).

Apa kesudahan citer ni? Hangpa kena tgk sendiri sbb mmg sangat berbaloi. Kalau hangpa suka Ranchondas Chanchad hangpa juga akan jatuh hati kat PK.

Satu ayat PK yang aku setuju "Dalam dunia ni ada 2 tuhan. Satu tuhan yang mencipta saya, Satu tuhan yang saya cipta. Sepatutnya saya sembah tuhan yang mencipta saya"-Translate sendiri

Lupa pula nak mention yang PK ni alien sebenarnya tu yang di tak pakai apa2 masa turun kat bumi hihihi...

Friday, 16 January 2015

Sunyi

Cuti semester yang terakhir di utm ni kena masuk lab demi PSM dan tak boleh balik langsung atas arahan SV. Mau tak mau kena la follow arahan SV kang dia kata aku rude pula. Kebelakangan ni  memang aku rasa sunyi dan kosong ja hidup aku. Kadang-kadang rasa isolated giler hidup kat UTM ni. Apa salah aku hah? Takkan sebab hujung tahun 2013 aku buat entri komen depa tu terus kewujudan aku kat UTM ni jadi invisible. Kebanyakkan aku ja kena nak ajak orang makan ke keluar ke sembang ke kalo tak duduk la terperosok kat H25 ni nasib ada Ika dan Kima boleh la tumpang hilangkan bosan tapi aku tak mau la nampak macam terlalu bergantung dgn depa.. Takkan sebab aku left group wasap KEPOH tu terus tak boleh nak join bebudak ni keluar.. Kadang-kadang terbit juga rasa iri hati bila dorang keluar ramai dan aku mampu melihat daripada tingkap ja... Fix your face zayani.. fix your face...
Aku ni negatif sangat ke?

Ye memang aku sunyi ya amat

Cepat la habis kehidupan aku kat UTM ni.. aku dah tak sanggup!!!!!!!!!!!!!!!!! satu lagi my SV mati-mati nak aku sambung masters. Dia tak tau yang aku tak minat. Aku tak nak habiskan umur aku dalam lab tu. Aku tak kisah kerja gaji kecil pun. Aku tak mau dah belajar ilmu kimia.. aku tak mau dah habiskan masa kat JB ni dan berjauhan dengan keluarga yang aku tak tau berapa lama lagi aku boleh spend time dengan depa... Time degree pun dah melampau sunyi tambah waktu postgrad..


Friday, 2 January 2015

wrap up 2014

2014 dah melabuhkan tirainya. Sepanjang 365 hari yang berlalu pelbagai peristiwa yang terjadi kat Malaysia dan aku ni.. Walaupun tak penting sangat tapi nak taip jugak entry apa yang berlaku kat aku sepanjang 2014 ni sebagai kenangan hihi..

Pembukaan 2014 bagi diri aku sendiri agak dull sebab aku bersendirian no BFF kt UTM ni hihihi.. 1/1/14 aku pi Program JB berselawat. Bulan 2 masuk sem baru and kalut cari penempatan LI.. Sem 6 aku banyak buat assignments dengan Sulaika, Hakimah, Suri dan Zuma. Boleh kata sejak tu aku makin rapat denga Ika, Kima & Suri dgn Zuma drp 1st year lagi rapat
1st assignments bersama
Dengan Ika & Kimah aku banyak berjalan, keluar tgk wayang, makan... Boleh kata untuk 2014 banyak movie yang aku tengok kat panggung tu X-men, Captain America, Divergent, Edge of tomorrow, Maleficient, The maze runner, Dracula Untold, Hunger Games dan ada lagi kot yang aku tak ingat.. Boleh kata hidup aku agak berubah sikit la tapi masih dok sorang2 kat bilik..

Lepas tu kami siap pi Melaka dan aku la mastermind dia hihi
Abaikan tudung yang herot tu



2014 jugak aku pi jumpa kawan2 kat KL sana.. Aku pi Pesta Buku Antarabangsa buat pertama kali dalam hidup

Latihan Industri tak tau nak komen best ke tak sbb ada mamat2 Nepal yang annoying tapi aku jumpa seorang kakak yang gila best iaitu kak Ayu...

Masuk sem baru sem 7 dan menjadi pelajar tahun akhir agak stress bagi aku sampai kan jerawat naik tak mau surut hingga lah ke hujung sem.. masa taip entry ni jerawat dah xda tapi parut tu banyak.. Start buat final projek..
 Pi berkelah dengan wanita2 sscc kt Gg Pulai siap p Tg Piai lagi sekali





Hubungan aku dengan DS (ntah la masih ada atau pun dah bubar) takda la serapat dulu dah.. aku try masa 1st day sem 6 nak berbaik tapi penerimaan dorang mcm tak berapa nak terima so aku faham sendiri la... Dah setahun ni aku pun dah da hidup sendiri dengan sidekicks hiihihiii





sidekicks saya


Geng makan Geng jalan


Harapan untuk 2015 semoga silaturahim aku dengan kawan2 makin bertambah erat, dapat graduate on time, jumpa pasangan hidup (azam ni yg dh brapa tahun tak capai).. travel lagi banyak sbb dh xjd pelajar dah, mudah dapat kerja dan menjadi anak yang berbakti kat kedua orang tuanya...