Tuesday, 28 February 2012

Merajuk la pulak

Selamat Malam






Hari ni sorang membe Dewan Senat merajuk la pulak... Aku pun tak paham nak merajuk wat pa setakat nak p Panjat Gunung Angsi je pun... chill arggghh..


Cerita dia lagu nie... Pagi dalam pukul 10.50 pagi habis saja kelas math aku pun tarik tgan kak Sol suh dia teman aku p c08 jap nak p amek surat untuk program SRM aku nie.. Dia tya aku nak p mana aku cakap la  "Nak p C08 amek surat" dua kali kot aku ulang... (aku nie jenis tak suka ulang cakap kalo nak tau)

tak kan aku nak p C08 pun nak angkut semua ahli Dewan Senat.. pastu aku balik nak p jumpa lecturer sal nak p Gg. Angsi tu dia boleh wat perangai pulak... dok nak stress bagai merajuk... nie aku tak suka nie..
Dah besaq wat cara dewasa nak tarik muka bagai wat pa???


Aku ni dah bertahun tak merajuk dgn org.. wat pa nak wat perangai bagai lastly ang jugak je rasa sunyi penat.. dah ang asyik avoid dgn semua org... 


Aku cakap betoi aku malas nak layan org merajuk tarik muka dengan aku nie.. Aku ada banyak benda nak wat kat dunia yang fana nie kot...

Dah-dah la merajuk ang tu... Nak merajuk sampai bila sem 8??? Ikut suka ang aku malas nak campuq tgn.. esok nak sgt p Angsi tu p la.. Dulu awl2 ang ja xmo p

Monday, 27 February 2012

Aku Bersahaja

Assalamualaikum...


dah nak masuk bulan Mac da...cepatnya masa berjalan kan.. Aku dah nak masuk seken series dah tapi perangai still mcm kanak2 dutch lady lagi.. Macam mana nak buat nie?? Buat tak tau je la janji aku tak kacau orang dah la kan...


Dah nak masuk seken series nie dengan ini aku nak mengaku yang aku tak pernah bercinta sekali pun dalam hidup aku power kan... Sampai mak aku pernah kata yang aku ni bab pelajaran bukan main score sana sini tapi bab satu nie lemah..berbeza dengan kakak2 aku.. Huhuhu besa la kan aku nie kambing hitam dalam family tu..


Bila tengok sekeliling most kawan2 aku semua dah kapel kot.. Aaarggghhh rasa mcm tak laku pun ada.. Tapi pikir balik la akan wat pa la nak kapel bagai nie buang masa je.. Bukan sure pun kawen dengan org yang kita kapel tu pun... Pastu budak2 la ni kalau kapel tu pegang sana sini...weeiii cm murah ja aku tgk.. bagi ajnabi sentuh kita tanpa bayaq sesen....even our asben pun kena bayaq kot masa angkat nikah...


eEEErmmm... ekceli aku ni dah jatuh hati kat somebody..dah setahun lebih dah... dia tak tau pun aku suka kat dia.. Reason aku jatuh hati kat dia sebab dia caring gila dengan aku.. Dia suka tolong aku.. Dia tempat aku terima nasihat.. dia mentor aku... tapi sekarang aku tak tau apa salah aku kat dia.. Dia dah menjauhkan diri dari aku.... Jangan la sebab dia tau aku suka kat dia... dia nak avoid dari aku.. Aku tau dia dah awek even dia tak pernah mengaku depan aku..


aku rasa sunyi sgt bila dia dh wat tak endah kat aku..ya mmg aku ada kawan2 yang sporting gila...but tak sama cm dia.. Dia dah lama kenal aku..Sekarang aku rasa kosong gila... 


p/s : sory la tajuk cm tak kena pastu aku asyik mengarut.... 

Thursday, 23 February 2012

sem baru cerita baru

Assalamualaikum selamat malam to all my kipas susah mati...cehhh perasaan ja cheq ni kan..

Dah lama tak jenguk incik belog nie mau nek sawang dah cheq tgk huhuhuhuhu ^_^ sori Incik belog cheq busy la nek sem baru katakan..dgn kesihatan yang kurang memberangsangkan pulak huk..huk..huk..

Apa cer sem 2 nie??

Eerrrmmm dari pemerhatian mata kasaq cheq..macam tula ja..still ada gap antara laki dan perempuan..baguih la kan.. Awal sem nie cheq banyak habiskan masa kat bilik dewan senat je (ekceli bilik my BFF je)..

Disebabkan result last sem lepas kurang baik..sem baru dgn azam baru cheq dgn geng dewan senat dah selalu bertenggek kat lebri dah...yaahuuu satu peningkatan dah tu..



yang lain mcm biasa ja la..p kelas balik kelas bergosip..tu je la

jap..jap..jap..

Siang tadi seorang ahli dewan senat dah heart break.. Kesian tau... sampai tak keruan dah cheq tgk dia... ye la dah lama kot dia simpan perasaan kat laki tu...tup..tup si dia dh ada someone special siap dh declare..huhuhu..

tak pa la syg oi..byk g kumbang kat dunia ni..kumbang taik...kumbang bunga..

meh kita sama2 masuk dalam list anak pak din ja..tu yang penting...


p/s : kenapa perlu patah hati?? function hati neutralise acid dlm food kan pa kaitan dgn perasaan pelik

Thursday, 9 February 2012

FENOMENA KAHWIN MUDA

Assalamualaikum n Haiiiii semuaaa... Lately ramai kot orang yang kawen muda... budak2 batch cheq masa sekolah rendah pun dah bapa orang yang kawen..


Pastu baru tadi cheq dapat undangan membe sekolah ke majlis pertunangan dia...siot best kan muda2 dah kawen...


Kalo drama TV lak kebelakangan niey tema mesti kawen muda..Vanilla coklat & Aishiteru..


nie wat aku tergedikkksss nak kawen...(cehh kalo da calon tak pa gak)


Memang la baguih kawen muda ni tambah2 lak sekarang nieyh maksiat berleluasa..tapi dah sedia ke nak pikul tanggungjawab tu???


Kalo anak Tan Sri tak pa la da parents nak tanggung?? Kalo tak sapa nak tanggung anak bini kalo dua dua dok study lagi?? Susah kan kan?? Tapi sweet huuhuhuhuhu penangan drama melayu....


kalo aku minta kat Puan Omak nak kawen mau masuk ICU mak aku agaknya...

Wednesday, 8 February 2012

Can speak korean & mandrin after eksiden..so amazing


Ini adalah cerita agak pelik pelik juga mengenai seorang remaja perempuan Noraini 17 dari Kelantan yang boleh bercakap Mandarin dan Korea dengan fasih selepas dia terlibat dalam kemalangan pada 13 Januari.




Kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.




Selepas koma 11 jam di ICU Hospital USM Kubang Kerian, doktor membuat imbasan di kepalanya dan mendapati ada darah beku, kemudian doktor membuat imbasan kali kedua dan doktor terkejut keranan mendapati tiada darah beku lagi.
Mungkin ini antara keajaiban dan kekuasaan Allah yang nak ditunjukkan, mana kita tahu kan.
Lagi pelik apabila tiba hari keempat Noriani terjaga dari tidur dan meminta air dari ibunya dalam bahasa Korea.




Menurut doktor berbangsa cina, Noraini boleh menyebut nombor dalam bahasa cina dengan betul. Sehingga doktor itu terkejut kerana belum berjumpa kes semenjak bertugas selama 17 tahun.
Noraini hanya mampu bercakap bahasa korea atau mandarin hanya selepas dia tidur semula selepas subuh dan bangun. Jika dia tidak tidur selepas subuh, dia tak akan mampu bercakap dalam bahasa asing itu. Pelik kan..maksudnya ada twist dalam otak dia selepas dia bangun tidur lepas subuh 




Sindrom bahasa asing/ foreign accent syndrome
Ada juga yang cheq baca mengenai kes yang dipanggil foreign accent syndrome, di mana seseorang itu mengalami gangguan otak dan mampu bertutur dalam bahasa asing.
Terdapat beberapa kes yang jarang ditemui, jadi kes Noriani ni mungkin tergolong dalam sindrom bahasa asing ni agaknya. Walaubagaimana pun ia sangat pelik dan ini menunjukkan kekuasaan Allah dan keajaiban yang kita tak terfikir pun.




Dari wikipedia
Kes seorang penceramah dari Crotioa: Beliau telah mendapat kebolehan  untuk bercakap dan fasih dalam bahasa Jerman selepas sedar dari koma.




Kes budak India boleh bercakap bahasa Inggeris
Pada 14 Julai 2007 seorang budak lelaki bernama Rajesh di sebuah bandar terpencil di India tiba-tiba mula bercakap dalam bahasa Inggeris, walaupun dia tidak pernah keluar dari kampung halamannya. Rajesh dilaporkan sebagai dikatakan  penjelmaan semula seorang saintis dari Amerika.




Kes Cindy Lou dari Washington yang mampu cakap Rusia pada tahun 2008
Cindy mengalami kecederaan otak dan mampu bertutur dalam bahasa Rusia walaupun ada kesalahan dalam pertuturannya.




Kes Sarah Colwill dari UK mengalami migrain yang kerap hingga dimasukkan ke hospital, apabila dia bangun dari tidur di wad hospital, dia mampu bercakap dalam loghat bahasa cina


hari ni dalam buletin utama..Adik Noraini tak bisa bertutur dalam kedua-dua bahasa tersebut apabila seorang translater di bawa ke rumahnya... Pelik kan semalam dia cakap waktu pagi je boleh hari 3 jam tunggu tak boleh nak keluaq pulak..lidah terkelu..


p/s : sapa2 yang kaki k-pop tu boleh la suh sapa2 langgar hangpa dari belakang for sure boleh cakap korea

Monday, 6 February 2012

Biarlah YM Berbicara...I Like

Assalamualaikum dan selamat petang...


Disebabkan hari ni cheq tak berapa nak sihat so cheq menghabiskan masa dgn baca novel.... "Biarlah YM Berbicara" novel pilihan cheq.. dah dekat sebulan kot beli siap dok bungkus lagi tapi tak baca... Akhirnya mood membacaku sudah kembali....


Novel ni dah lama kuaq tapi gara2 cover tak mengancam tu cheq tak baca2 nasib tergerak nak baca... Pakai tema bercinta di alam maya ni cheq suka nnak baca ni.. Kalo Najwa Latif ada "Cinta Mukabuku" Hanni Ramsul ada "Biarlah YM Berbicara"


Komen cheq


Awat la Diya tu tak perasan yang firdaus tu Charming..dah banyak kali terkantoi kot..Aku dari mula dah syak..hahahha


Jalan cerita dia best..lawak tak membosankan...

Thursday, 2 February 2012

Sekolah Asrama

Hari ni cheq nak cerita pasal serba asrama bersempena dengan dua pupu cheq yang bakal nak mendaftar kat MRSM Kubang Pasu 8.2.2012...

Kira2 4 taon lalu..cheq juga pernah mendaftar  masuk sekolah asmara  asrama cheq masuk time form 4...nak tau ark sekolah apa??? SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA (Saina)... First impression cheq sal sekolah ni...yewww hutan keliling sekolah tu..mesti banyak hantu.... yup sekolah niey mmg terkenal dengan cerita momok...tapi sekoq pun cheq pernah nampak

Masuk minggu pertama cheq selalu teriak (menanggis bukan menjerit taww)..Ye la cheq bukan pernah berjauhan dgn keluarga... Dah la masuk sekolah ni dgn 100% ketidakinginan... mmg suffering la time tu..

Yang aku rasa paling kelakar time tu dan hal ni wat Puan Emak ingat sampai sekarang yakni da sorg dak ni dia satu dorm dgn aku... Hari tu mak aku hantaq bantal kat aku.. dia cakap pa tau "Kita ni mai nak mengaji buat pa tah nak bawa bantai baru semua nak bagi selesa"... Ok dia cakap mcm tu..time tu Puan Emak ingat budak ni habis bagus la...ermmm xsampai dua minggu dok kat Saina dah belah...mmg Puan Emak gelak besaq la :D...Aku yg tak mau dok ni..dok sampai habis SPM...hahahahhaha

Apa yang tak best pasal sekolah ni... Mostly budak2 lama kat sana pilih bulu... org yang xda market mcm cheq ni mmg xda sapa la nak kawan...so sad rite..Tapi ada aku kisah??? Kalo perangai tak menggambarkan cm budak pandai wat pa..bergadoh dengan cikgu...haishhh terooook gila...

Kebaikan dok sekolah asrama ni...mengajar aku dok berjauhan dengan family...berdikari...bergaul..makan sayuq...sembahyang jemaah...

Sekolah Asrama ni mmg telah menjatuhkan aku...Aku dah habaq kat Puan Emak yg aku tak boleh study kat situ..tapi Puan Emak tak percaya?? Puan Emak lebih suka aku study kat sana sebab nanti boleh bangga yang anak dia dok sekolah sains...

So akhirnya SPM aku telah membuktikan segalanya... I just got 5A's... tau only 5A's...aku mmg puas hati...