Sunday, 14 December 2014

Satu semester saja lagi

Hari ni pre-registration utk sem depan a.k.a sem akhir kat UTM tercinta ni.. Minggu depan dah start study week wahh cepat gila rasa satu sem habis tak dan nak cari pemilik tulang rusuk kiri (blueekkk)..

Sebagai rumusannya, aku boleh kata sem 7 ni agak mencabar la dengan nak buat projek tahun akhir lagi, assignment yang bukan calang2 lagi bahkan sampai ke saat  aku dok taip entry ni pun masih ada 2 assigment, draft yg kena hantaq selasa ni walaupun sesibuk mana pun sem ni yang paling aku pelik aku masih boleh tido pukul 12 lagi.. Aku pun tak faham dengan aku ni haisshhh...

Disebabkan tinggal lagi satu sem, ramai di antara classmate aku yang dah plan nak kerja, sambung master, 1 or 2 month break tapi aku masih dilema nak buat apa.. Kalo ikut hati yang lara lagi suci murni ni aku takmau dah nak sambung dalam bidang sains dan teknologi ni tapi nak sambung dalam bidang Sejarah pulak.. tapi pikiaq punya pikiaq sambung sejarah aku nak jadi apa cikgu? pensyarah? so aku decide nak kerja.. Dah tu 2,3 minggu ni akak2 lab biotech dok provoke aku suruh further master.. mcm2 depa dok cerita kat aku plus projek yang aku tgh buat la ni takda orang nak sambung.. rasa sedih pulak nak tinggal projek besaq setengah jalan ja.

Aku bukan takmau sambung tapi aku rasa aku ni xda potensi nak jadi pelajar post-graduate, CGPA aku bukan la tinggi mana pun sekadar cukup2 makan dan aku rasa paling tercorot dalam kelas tu. Nak writing paper nnt mmg tu bukan kepakaran aku, kalo suruh buat kerja2 lab tu aku boleh la. Yang tak tahannya, kak risha kata aku ada potensi, aku cepat buat kerja, aku ni determine la dalam buat kerja... hahhahahahahahah aku rasa lawak pulak.. Kalo hangpa nak tau aku ni malas tau nak masuk lab tu. nak banding aku dengan Puteri labmate aku tu mmg jauh beza rasanya, tang mana dia nampak aku rajin pun tak tau la...

Tak tau la nak sambung ka dak aku ni dah la lembut hati, dok selalu sgt paksa aku sambung satgi aku sambung pulak kot.. Tapi aku berat nak sambung nak dok dekat kedah pulak nak berbakti kat keluarga.

Apa-apa pun kita tunggu dan tengok je la



Wednesday, 29 October 2014

Kahwin?? Tak da tajuk lain ke?



Kahwin boleh dikatakan topik hangat la bila dok bersembang dengan kawan-kawan betul tak gojes? Tambah pula golongan pelajar akhir tahun yang masih single macam aku dan kawan-kawan aku ni.. Boleh dikatakan almost setiap hari akan cakap bab kahwin ni sampaikan aku dah naik muak bab kahwin ni.. Kang aku cakap depan-depan malas nak cakap bab nikah kahwin ni ramai yang marah pula so kita ikut la apa tajuk perbahasan orang lain kan.

Antara sebab aku dah muak dengan topik kahwin ni ialah


  1. Calon pun takdak lagi. Malas nak bergantung harap macam akasia sebab ini realiti bukan drama
  2. Aku ni tak cantik pun mana ada lelaki yang berkenan.. Lelaki hanya pandang perempuan cantik itu fakta.
  3. Aku tak rasa ada yang nak kahwin dengan aku pun so lebih baik aku fokus utk menstabilkan diri ni ja
  4. Nak kahwin bukan senang banyak nak guna duit dengan saving pun nak upah jurunikah so stop dreaming
  5. Sampai bila aku nak hidup dalam angan je aku kena terima kenyataan mana ada orang yang sanggup bermenantukan menantu yang tak segak, berpenyakit. Kesian nanti cucu depa pun tak comel.
  6. Umur aku dah 22 tahun dan lagi 5 bulan nak masuk 23 tahun dan aku tak pernah berpasangan dengan sesapa pun.

So hangpa semua rasa valid tak 6 alasan aku dah muak dan malas nak cakap bab nikah kahwin ni.. Ye la aku ni kena latih diri aku utk terima realiti yang mana ada orang sanggup terima aku ni. Kesian wei orang tu nak hadap muka aku for the rest of his life kalo cun tak pa la jugak ni ntah la.. aku sendiri tak confident dgn diri sendiri so macam mana nak harap org terima aku kan

Bab nikah kahwin ni aku serah pada yg Maha Esa.. kalo ada ada la.. kalo tak mungkin itu yang terbaik untuk aku so aku harap aku bakal redha dengan takdir yang dah ditetapkan ini..

pandang ke hadapan dan teruskan hidup

Friday, 17 October 2014

Homesick

For the first time ever I not coming back for mid-semester break!!!! Baru hari pertama tapi aku dah rasa nak meroyan, nak baling fon, nak terjun drp tingkap.. Macam-macam perasaan dan bisikan mai dalam satu masa.. Alhamdulillah aku masih waras…

Mungkin yg akan kata aku over.. hgpa tak faham aku ni jenis cuti je mesti kat rumah tau mana nak buang masa kat kolej ni.. Dah la kawan ada macam xda.. aku offer ajaq pi makan pun takdak yang respon macam mana aku tak sedih habaq mai kat aku?? Aku rasa sunyi sangat sambil ditemani dengan lagu-lagu daripada Glee ja… hahaha so sad

Tadi siap mimpi aku tekad balik.. siap makan nasi dgn
 gulai ketam lagi.. Pastu bila terjaga, baru realized yg tu semua mimpi.. Sedih sgt menanggis berbaldi jugak la tadi.. huhu

Yang peliknya terjaga drp tidur tu aku rasa kenyang hahahahahaha
Method ni patut diapplikasi oleh semua org dgn keadaan ekonomi yang gawat ni… makan hanya dalam mimpi pun boleh kenyang uolls

Mungkin sbb sunyi kot tu homesick ye la jiran tepi depan semua dh balik aku jd cik guard aras mau tak meraung haha

Thursday, 16 October 2014

Review Novel : Jujurlah Nikahi Aku (JNA)-Umie Nadzimah

Dah lama tak review novelkan.. Harini aku nak review buah tangan terbaru kak Umie Nadzimah-Jujurlah Nikahi Aku..





Jalan cerita JNA ni menarik, menyentuh perasaan aku mungkin keadaan Nurin Asyfa yang serba kekurangan tu aku refleks kat diri kot tu yang terbuai je masa baca JNA ni.. Aku ada terbaca komen ada juga yang tak puas hati ingatkan kecacatan Nurin ni teruk sangat tapi setakat jari terkurang/terlebih je so bagi dorang no big deal la..


Sebenarnya bila diri ini serba kekurangan mmg kita akan rasa rendah diri, rasa mcm the whole komuniti pandang hina kat kita...


Okey back to review


Nurin ada pelindung, Abg Alan.. Walaupun semua orang tak suka Nurin tp Abg Alan ada untuk Nurin.. Part paling sedih bila Nurin terpaksa berpisah dengan Abg Alan dan dia dah tak da tempat nak kongsi rasa sedih gembira lagi..


Nurin hidup ibarat untuk beri kebahagiaan kt orang lain, tapi depa tak pernah hargai pengorbanan Nurin..


Nurin tangkap cintan dgn bos dia (lupa nama apa).. Mula-mula depa ni boleh kata saling mencintai la tapi bila dia tau kekurangan diri Nurin dia tak boleh terima... Tapi lps satu eksiden depa ni kawen juga akhirnya tapi eerrmmm tak lama sbb laki tu tak betul sikit


Mungkin Nurin ni dah putus asa dgn lelaki time tu la muncul someone yg lindung Nurin dr jauh, dia sudi memperisterikan Nurin.. Nama dia Qushairi.. 


Sudah sampai sini sajalah..


Apa dah jadi kat abang Alan?

Pasal apa Nurin ditinggalkan suami?
Sapa Qushairi?

Hangpa baca sendiri la naa


okey bye ^_^

Saturday, 24 May 2014

Encik Jodoh oo Encik Jodoh bila nak muncul

22/5/2014 hari terakhir kuliah untuk semester 6. Bulan 9 nanti bermula lah journey aku sebagai pelajar tahun akhir lepas tu bermula la kehidupan sebagai penganggur pulak.. wahhh cepatnya masa berlalukan tapi satu je tak berubah status aku ni la, dari dulu sampai sekarang dok bujang gitu la.. pelik2 kalo dalam drama tu selalu je hero jumpa heroin kt library la kes tertukar buku, terlanggar buku jatuh la.. Tapi aku dah 3 tahun kat bumi UTM ni sekali pun tak pernah berlanggar dengan sesapa mungkin aku ni terlalu careful kot..

Masa tahun satu Madam Khaidawati pensyarah Thermodynamic ada pesan bila masuk tahun 3 boleh la nak cari soulmate.. Ye la dia kata bila dah kerja susah nak cari dah sebab masing2 dah berpunya.. Aku setuju sangat tak payah tggu time kerja skg boleh nampak hampir kesemua lelaki course aku dah berpunya.. kalo yang masih single tu dia dikategorikan as Geek..

Dulu ingat Mr Jodoh kat sini sebab tu aku dihantar sampai ke selatan Malaysia tapi aku rasa tidak.. takdak sebarang petanda langsung pun.. Makin aku annoying dengan spesis lelaki ada la.. Eermmm mungkin Mr Jodoh ada ja kat Kedah kot hihi.. Dari dulu aku mmg nak tau sangat sapa la jodoh aku, pasal apa dia boleh terima aku.. ye la aku ni bukan cantik mana pun, cakap plak pakai sedap mulut ja, nak kata lembut tu tak brapa sangat, mana ada lelaki suka.. lelaki kan suka perempuan yang manja,gedik dan CANTIK...

Ko ingat lelaki nak pandang perempuan tak cantik?? Dalam telenovela boleh la dalam dunia realiti serba canggih ni mana lelaki nak berdamping dengan perempuan tak cantik

Tuesday, 6 May 2014

Novel Cukup Derita Itu ada kesilapan??

Assalamualaikum...

Dua hari lepas cheq ada wat review pasal novel terbaru Siti Rosmizah 'Cukup Derita Itu'.. Tup-tup pagi semalam baca kat page Siti Rosmizah Novelis sini rupa-rupanya ada masalah teknikal sikit dalam CDI.. Tak banyak pun yang silap just 3 page ja..
Sejujurnya cheq tak perasan pun mungkin sbb tebal sgt so pakai baca ja.. 

Ni dari page SR

PENGUMUMAN PENTING!!!

ADMIN : SAYA BAGI WAKIL PIHAK SITI ROSMIZAH DAN SR PUBLICATION INGIN MEMOHON MAAF PADA SEMUA PEMINAT-PEMINAT SITI ROSMIZAH YANG TELAH MENDAPATKAN NASKAH TERBARU BELIAU 'CUKUP DERITA ITU' KERANA TERDAPAT KESILAPAN CETAKAN PADA BAB 114 DAN 115. PADA ANDA YANG TELAH MEMILIKINYA BOLEH MENUKARKAN DENGAN YANG BARU. SILA E MEL PADA KAMI NAMA DAN ALAMAT ANDA KE (srpublication10@gmai
l.com) BUKU ANDA AKAN DIGANTI DENGAN NASKAH YANG BARU.

SILA AMBIL PERHATIAN, NOVEL CUKUP DERITTA ITU HANYA AKAN DIPOS ATAU GANTI SEBAIK BUKU BARU SELESAI DICETAK BAGI MEMBETULKAN KESILAPAN. SEKALI LAGI KAMI MEMOHON MAAF ATAS KESILAPAN YANG DI LUAR JANGKAAN. DAN KAK SITI SENDIRI AMAT KECEWA ATAS APA YANG TERJADI, KERANA KITA TAHU BELIAU SENTIASA INGIN MEMBERIKAN YANG TERBAIK BUAT PEMINATNYA.


CUKUP DERITA ITU PAGE 948
nanti Zarul! Aku akan ajar kau cukup-cukup! Kau
ingat aku terhegeh-hegeh sangat dengan kau.
Aku pikat kau dulu pun sebab aku nak cerai-beraikan kau! Kalau dulu visi aku nak pisahkan kau
daripada perempuan tak guna tu, sekarang visi aku
nak hancurkan hidup kau pulak! Kau tunggu nasib
kau nanti!” jeritnya di dalam hati

BAB 115 PAGE 949 (SUSUNAN YANG BETUL)

Zarul yang hendak pergi ke depan itu terus
terhenti sebaik sahaja terdengar suara Ellani sedang
bercakap dengan anak-anaknya. Ikutkan hati dia
nak turut sama. Namun, apakan daya. Zarul tahu,
kehadirannya nanti akan mengundang kemarahan
isterinya saja.
Dia merapatkan telinga pada pintu. Terdengar
riuh mulut anak-anaknya. Ya Allah! Inilah
kebahagiaan dia yang sebenarnya. Tapi malangnya,
dia sendiri telah membuangnya. Hanya kesalan yang
terus mengasak hatinya.
“Hei, anak dara mama ni kan, susah betul nak
makan ubat. Nanti, mama ikat tangan dia tu baru
tahu, kan Abang Afiq?” Ellani mengagah anaknya.
Afiq Naim ketawa.
Sejuk hati Zarul mendengarnya. Dalam masa
yang sama bergenang tubir matanya. Saat indah
bersama keluarganya dulu bagaikan terlayar depan
matanya.
“Abang! Abang! Buat apa lama sangat dalam

CUKUP DERITA ITU PAGE 950
bilik air tu.” Ellani memanggil suaminya.
“Kenapa ni yang, terjerit-jerit panggil abang?
Abang kan tengah mandi tadi,” tegur Zarul yang
keluar dari bilik air itu. Segar nampak wajahnya.
“Ni hah, abang tengoklah anak dara abang
ni, susah betul nak makan ubat. Elok aje Lani nak
bagi, dia boleh tutup mulut dia. Abang tolong Lani,
pegang Nia ni,” adunya manja.
Zarul yang selesai berpakaian itu naik ke atas
katil. Dia sempat mencium pipi Afiq yang sedang
meniarap itu. Nia yang berbaring itu dipangku.
“Anak papa ni kenapa naughtysangat ni? Pandai
dia buli mama dia ya.” Zarul mengomol anaknya.
Nia Natilia sudah terkekeh-kekeh ketawa. Dalam
masa yang sama dia mengagah anak bujangnya. Afiq
terjerit-jerit suka. Bulat mata Ellani memandang
suaminya.
“Abang, Lani bukan suruh abang main dengan
anak-anak, Lani mintak abang tolong sama-sama
bagi ubat. Ini abang pulak yang lebih. Kalau macam
ni, lagilah susah nak bagi Nia makan ubat. Dia dah
seronok nak main. Abang ni kan, hish! Sama aje nak
buli Lani.” Rajuk suaranya.
Zarul tersenyum melihatnya.
“Itulah, ni Afiq dengan Nialah punya pasal, dah
tak pasal-pasal mama merajuk dengan papa. Sorry
sayang, okey abang tolong sayang,” pujuknya.
Tapi dalam masa yang sama dia sudah
mendekatkan muka pada wajah isterinya. Sikit lagi
nak berlaga pipi. Ellani menolak muka suaminya.
“Abang, Lani nak bagi anak makan ubatlah.”
Dia menekankan sedikit suaranya.
“Bagilah. Kan abang dah pegang Nia ni,”
balasnya.

PAGE 951 SITI ROSMIZAH
Matanya tidak berkelip memandang isterinya.
Ellani perasan ulat bulu dah naik daun.
“Memang abang pegang Nia tapi mata tu
pandang mana?” soalnya.
“Pandang isteri abang yang comel ni,”
jawabnya.
Ellani jadi geram apabila suaminya macam
nak main-mainkan dia. Waktu itu Zarul sudah
mendekatkan semula mukanya pada isterinya. Saat
dia hendak mencium isterinya, Ellani menyuap ubat
ke mulutnya. Mencemik mukanya.
“Sayang ni kan...” Zarul mengelap mulutnya.
Ellani sudah ketawa.
“Padan muka papa tu, buat lagi ulat daun dia.
Kita mintak tolong nak bagi anak makan ubat, lain
pulak hal dia. Jadi biar papa aje yang makan ubat
Nia tu kan sayang.” Ellani mengagah anaknya.
Suka sungguh anak-anaknya. Riuh mulut
masing-masing.
“Seronoknya mengenakan abang. Lani ni
memang nak kena tau,” ujarnya.
Dia meletak anaknya di atas tilam lalu terus
mendapatkan isterinya. Ellani sudah cuak melihat
muka suaminya.
“Abang nak buat apa ni?” Ellani turun dari
katil.
Tapi tangan suaminya lebih dulu memaut
pinggangnya. Terjerit Ellani bila suaminya sudah
menggigit pipinya. Dia terus menggeletek suaminya.
Zarul sudah terjerit-jerit ketawa. Ellani meletakkan
anak-anaknya di atas badan papa mereka.
“Kita kerjakan papa cukup-cukup hari ni.”
Ceria suara isterinya.
Zarul mencium anak-anaknya. Kemudian 

(MUDAH-MUDAHAN PADA ANDA YANG SEDANG MEMBACA, KESILAPAN INI TIDAK AKAN MENCACATKAN JALAN CERITA KESELURUHANNYA. INSYA-ALLAH)


Cheq memang respect la dgn Team SR ni kesilapan sikit mcm tu pun depa cepat detect and nak ganti balik semua novel.. wink2 akan ada dua novel CDI la pasni..

Dulu pernah sekali terbeli novel rosak drp publisher siap 2 bab tak da.. tp publisher tu banyak songeh sikit... huhu dah la suruh pulangkan novel yg ada tandatagan penulis tu.. Cheq sayang tau huhu..

Disebabkan kepantasan dan kejujuran Team SR cheq nak bagi hadiah

Team SR memang thorrrrbaikkkkk....

Sunday, 4 May 2014

Review Novel Terbaru SR : Cukup Derita Itu


Harini cheq nak review pasai novel terbaru Siti Rosmizah.. Sapa dah baca? Mesti ramai tak baca lagikan sbb CDI sekarang ni hanya ada kat PBAKL14 je... Bahagianya jadi antara orang yang terawal baca novel terbaru SR ni.. ngeh..ngeh..ngeh

Sinopsis
Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.
“Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku sagat-sagat muka kau dengan berus dawai. Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!” hamun Mak Ngah Gayah.
Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!
Zarul Zafran lelaki tampan yang berkerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya.
Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!
Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah di anggap seperti ibu. Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.
Dendam yang berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani diseksa. Jiwanya merana.

“Ellani Binti Rashdan, aku Zarul Zafran Bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau.”
Hebat lelaki ini! Hanya melalui SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.
“Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali! Apa salah Lani mak? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah! Kuatkan imanku menghadapi dugaan-Mu ini! Raungnya.
Ellani…cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yang dijerit dalam hatinya.


So apa pendapat hangpa dengan sinopsis CDI gempak tak? Macam biasa la SR masih mengekalkan jalan cerita pergolakkan rumah tangga gitu.. Laki bini gaduh2 pastu baik balik klise kan.. ye la kalo buat tak hepi ending hangpa juga bakaq novel tu nanti.. rugi wei dah la tebal + berat pulak tu..

Ellani watak utama dalam CDI dia ni kasaq sikit, cakap pun ikut kepala dia.. mungkin sebab cara Mak Ngah Gayah layan dia kot tu dia jadi mcm tu.. nampak ja kasaq tapi dia ni pun tachin terlebih macam cheq ni haa.. Orang2 laki semua suka kat Ellana sbb Lana ni lemah lembut sikit tapi perangai punya la serupa lahabau lagi.. Amek ang Lana hahaha..

Zarul Zafran hero dalam citer ni tapi kepoyoan, panas baran dan nak orang ikut telunjuk dia mmg buat cheq sakit hati sgt2.. Hero2 SR before ni pun ada jugak yang kejam tapi si Zarul ni kalo ada depan cheq mmg cheq nak pelangkung ja dgn novel CDI yang tebal tu.. Jenis ego tinggi.. seratus muka surat terakhir baru okey sikit kot..
 
Hidup Ellani ni kira tak pernah nak bahagia la tambah2 sejak kena bela dgn Mak Ngah Gayah, ingatkan habis la derita yang ditanggung bila tetiba si wayar putus Zarul kahwin dgn dia tapi bak kata org-org tua "Jangan sangkakan panas sampai ke petang".. lepas dah beranak pinak semua, ingatan si Zarul dah elok balik.. time tu bukan nak ingat segala pengorbanan Lani. Dia boleh dok sedap bercinta dgn Lana.. Bercinta saja takpa lagi ni siap maki hamun, hina Lani tu.. Ko ingat Lani tu apa Zarul??

Ehhhh terlebih emosi pulak.. heheheh.. sori naa

Ending?? 

Mana boleh dedahkan kang tak laku la CDI ni.. hahaha

Harap hangpa sabaq la baca 1170 muka surat yea.. Cheq pun baca langkau2 mula.. tapi dok baca balik sikit

Harga RM38.90

kat PBAKL RM35

tapi dh habis..

hahahahhahahahaha

Friday, 25 April 2014

Pilih Bilik Lagi..

Rutin biasa setiap tahun bila nak melangkah ke semester baru, kena berebut-rebut pilih bilik secara online.. Ermmmm untuk tahun empat ni nak duduk bilik apa pulak la.. Tahun 3 ni aku duduk bilik single.. Best memang la best tapi kadang2 Ya Allah tahap keboringan tu sampai aku start berdialog dengan S.E.M.U.T... Yea semut sebab manusia tak da aku nak sembang.. Pakwe pun tak muncul lagi..

Bestnya dok bilik single ni aku boleh buat ikut sedap mak nenek aku ja sebab ni bilik aku.. Aku nak light off pukul 9 ke tak da orang nak marah.. Dulu duduk bilik dabel aku ada makan hati dengan rumate aku sebab aku nie jenis pkul 12 kena lena dah sekali dapat rumate pkui 3 baru lena mana nak masuk.. Aku nie kalo tido tak boleh ada cahaya kalo tak mmg tak lena la.. so kesian la kalo dapat rumate yang jenis studi pagi2 buta sebab akan dapat maki hamun daripada daku.. ermmm nak dok bilik dabel ke single ni???

Kalo bilik single I'll suffer from loneliness for another 8 months but kalo bilik dabel dapat pulak rumate tak sekepala pun disaster...

Apa aku nak buat ni.. oowwwhhh dilema macam nak cari menantu untuk Abah dan Mak..

Thursday, 24 April 2014

Kiamat Bersediakah Kita??

Hari nak buat entri pasal wacana ilmu kelmarin.. 


tajuk pasal kiamat.. Lately aku perasan ramai ustaz akan cakap pasal kiamat ye la kita dah berada di akhir zaman sgt dah. Panel wacana ilmu ni Ustaz Rifki dan Ustaz Anuar.. Dua2 ustaz ni mmg sempoi..

Kiamat dah bersediakah kita?? Sejujurnya aku belum sedia even though kiamat tu janji Allah s.w.t yang pasti terjadi..

Ustaz Rifki kata mereka2 yang berhadapan dengan detik hari kiamat ni "orang jahat" kerana sebelum tu orang-orang islam dah dimatikan dengan satu angin yang datang dari Syam.. Xdak sorang pun yang akan terlepas dgn angin ni.. Tak kira la hangpa sembunyi dalam gua sekali pun, angin ni akan pi kat orang yang ada iman dalam hati dia walaupun sikit (yg ni tak silap aku dgr dr ustaz Nazmi Karim)

gambaran hari kiamat pinjam drp Gugel
Kita la ni dekat sangat dah dengan kiamat ni.. Cuba hangpa tgk balik tanda-tanda kecik kiamat semua dah jadi dah.. La ni dok tggu tanda-tanda besaq kiamat ja mcm
1. lahirnya imam mahdi
2.Keluarnya Dajjal
3.Turunnya Nabi Isa a.s
4.Keluar Yakjuj Makjuj
5.Terbitnya Matahari drp Barat
6. Keluar haiwan yang melata

Antara kita sedar dan tak sedar ja la ni fitnah (ujian) utk orang islam berleluasa.. Kita dok nampak yg kat Syiria dan Palestin ja sbb depa diperangi tapi kita tak nampak yang depan mata kita ni.. Ujian perghhh dasat.. Maksiat sana sini.. Pemimpin pulak mcm ada tak ada ja.. Orang agama diam seribu bahasa..
 kalo fitnah yang kecil mcm ni kita dah goyah kita dah tak mampu mcm mana kita nak berdepan fitnah terbesar yakni fitnah Dajjal.. banyakkanlah berdoa supaya kita terlindung drp fitnah dajjal dan pakat amalkan surah alkahfi ayat 1-10 n 100-110..

Bahayanya fitnah Dajjal ni sampaikan takda seorang nabi yang tak peringat orang2 dia pasal ni.. ha cenggitu...

Malam tadi ada jugak tanya kalo kita dah kenai tu Dajjal awat kita masih nak ikut sbb kalo ikut logik akal kita takkan ikut..

Semua tau kan 3 tahun sebelum kedatangan Dajjal hujan hanya 2/3 setahun, tahun seterusnya 1/3 dan tahun keluarnya Dajjal mmg kering kontang... pokok2 mati, binatang mati.. kita pun mgkin tak tahan.. sampaikan ada yang kata lektrik tak boleh guna.. mmg hidup susah la waktu tu.. Tup2 Dajjal bawa mai roti bergunung-gunung, bawa duit, bawa kesenangan mau kita tak ikut.. time tu sapa ikut Dajjal dia akan jadi pengikut Dajjal dan akan ada puak yang tak ikut Dajjal.. Tempat puak yang tak ikut Dajjal ni dikatakan lepas Dajjal keluar tu tempat tu musnah.. kalo ikut teknologi zaman la ni kena bom la..

Kita orang muslim insyallah tak kan ketemu dgn Kiamat besaq tapi kita akan bertemu dgn kiamat kecil yakni mati.. Kita dah bersediakah??

Jom la kita sama2 tingkatkan amal ibadat kita naa.. 

Tuesday, 22 April 2014

Gusi Berdarah dan Rawatannya

Assalamualaikum semua..

Hari ni cheq nak kongsi sikit pasal gusi berdarah. Sapa yang ada problem gusi berdarah macam cheq jangan dok buat bodoh naa.. kena rawat tau kalo hangpa dok biaq lama2 makin serius cheq tak tau sbb cheq bukan dentist hihi

Minggu lepas dah habeh tak tau nak buat apa, cheq pi la melepak kat PKUTM tu.. Dekat ja belakang kolej cheq ni ja.. Gigi pun dah lama tak chek so pi chekup gigi plus cuci gigi sekali la.. Sebenarnya cheq ngilu nak scalling gigi ni.. bunyi dia tu yuuuuu mencengkam sanubari baq hang..

Tapi scalling Doc tu buat setengah jalan ja sebab gusi cheq berdarag teruk tahap kena smackdown dengan The Rock.. Okey cheq mmg ada masalah gusi berdarah.. bukan setakat time berus gigi time makan buah epal pun gusi boleh berdarah.. nampak dak kekronikkan nya disitu..

Nurse kat situ da la bagi sikit tips utk rawat gusi berdarah ni

1. Guna berus gigi yang lembut
2. Lepas berus gigi kumur dgn ayaq garam.. tapi kalo hangpa kaya beli ja Colgate Plax tu

3. Makan vitamin c.. yang ni cheq tak setuju sbb dah setahun lebih cheq consume vitamin c xkan xcukup lagi dalam badan ni

4.Makan buah dan sayuq banyak sikit

Tu je la yang nurse tu sempat pesan kalo hangpa ada kekdah len habaq mai sat naa

Monday, 21 April 2014

Lumrah Manusia #part 1

Assalamualaikum..

Regarding status FB aku

"Lumrah manusia
Bila gagal bersama
Bila berjaya aku je ko ada aku kisah"

Ramai manusia yang aku kenal semua bersifat sedemikian mmg tak dinafikan tak semua selfish tapi ada.

Hari ni boleh aku agak sentap tapi aku mampu tersenyum di hadapan manusia itu. Dah tua ni kena pandai kawal emosi hihi

Aku saja la melawak dgn dia pasal LI @ Latihan Praktikal

aku : wei ... aku nak minta jugak la JKM Kuantan hihi
Human : Mana boleh kang mu dapat aku dop dapat

Perggghhhh agak terguris hati beta yang mmg selalu diguris ini.. Masa bulan 3 aritu dia kata nak minta sama2 dgn aku kat Kedah, aku okey jea siap habaq kat mak aku lagi semua.. terima dgn hati terbukak lagi..

Ni aku melawak ja.. kalo ang kata jom la kita minta sekali aku tak minta pun.. sbb aku mmg nak LI kat
Kedah ja.. Tak hingin eh aku nak menumpang rumah orang yang aku tak rapat.. Orang yang dikatakan rapat pun boleh tinggal aku terapung-apung tambah yg xrapat..

Kenapa sebagai manusia kita terlalu pentingkan diri.. errmmm yela nanti dalam kuboq pun sorang2 kan tu kena selfish

Ok bai

Friday, 18 April 2014

tak da tajuk

Dah lama tak jenguk belog sbb dok settle down... settle down tak habis.. ya la lepas satu entri luah perasaan aku beberapa bulan dulu (already deleted) zupp terus kehidupan aku di UTM ni dah tak seindah sakura dah.. Hari-hari yang mendatang seperti tiada makna lagi..

Baru aku sedar yang orang asing yakni bukan keluarga mmg tak boleh dipercayai.. rasa tak guna dan buang masa ja diri bila 2tahun lebih ni aku menghargai orang yang tak pernah kisah akan kewujudan aku.. jadi aku mula tertanya-tanya pada diri kenapa berkawan dengan aku kalo mcm tu..

Ramai jugak yang tanya pasal apa aku dah tak rapat dengan geng aku dulu.. satu saja jawapan yang aku boleh bagi aku nak ubah angin.. takpun aku akan kata aku tak masuk dengan depa tu ja.. Jahat-jahat aku,, aku tak kutuk hangpa kat orang mungkin kat belog n laman2 sosial tu ada la.. Aku tak pernah merasa diri ini sempurna cuma kekadang rasa jelik + pelik dengan sifat sesetengah orang yang lebih berpengetahuan daripada diriku tapi action mcm tak bertamadun..

Dah beberapa bulan berlalu tak pernah pun depa mai slow talk dengan aku... aku ada juga beberapa kali pi bilik depa, melepak dengan depa masa awal-awal sem dulu.. tapi naluri ini merasakan diri ini seperti tidak diterima.

Aku dah penat..penat..penat.. masa2 awal2 aritu ada la pemilik fb "saya dah bosan" pongpang kata tak payah la nak tachin kalo tak dihargai (ayat yg diolah dlm pemahaman aku).. okey mungkin value orang lain-lain.. Bagi aku dalam hidup penghargaan dan tepati masa satu yang aku titikberatkan. Penghargaan salah satu sebab aku keluar daripada SRM mungkin hangpa akan kata aku ni gila glamer ka apa..

Bukan penghargaan seperti itu yg aku impikan just sekadar hargailah aku sebagai seorang sahabat, rakan sudah aku tak minta banyak pun...

Bila aku rasa kepercayaan aku dirobek mcm tu ja susah untuk aku percaya dengan orang, susah untuk aku nak bercerita dengan orang lagi.. aku jadi more tertutup.. ye la buat apa nak berkasih sayang dengan orang tapi orang tak pernah kisah dengan kita... keluarga je yang ada pure love bukan outsider.....

Aku mungkin tak boleh baca fikiran orang tapi dari reaksi orang aku tau dia senang ke tak dengan kehadiran aku.. Sebab tu aku lebih rela mengelak daripada bertembung.. ya la dengan muka tak berapa nak cute aku ni lagi la nak termuntah depa tengok kan.. aku sedar aku sapa.. orang kampung yang tak sedar diri dan manusia paling jahat dalam alam fana ini

Thursday, 2 January 2014

CikYan Vs Lelaki

Assalamualaikum, Selamat Pagi..

Dah solat dhuha ke belum? Jom tetapkan azam tahun baru dengan memperbanyakkan amalan sunat daripada tahun sebelum ini..

1/1/14 perspektif aku terhadap lelaki berubah sikit. Hangpa nak tau tak selama ini aku selalu rasa lelaki hanya pandang perempuan ni mcm display items ja kat muka bumi ni. Sebagai contoh, kalau ada perempuan ramai2 kat bas stop, mesti mata lelaki yg memandu akan liar tgk sambil dok phewiittt,hon2, hai2.. Hei der ang ingat aku ni apa?? Plz respect us sikit..
Mungkin ada yg suka bila di sapa oleh lelaki tp tu bukan aku.

Satu lagi aku selalu rasa yang lelaki ni hanya akan berkawan dgn perempuan yang cantik2 meletop tahap dewa ja.. Ye la aku ni tak da cun macam Neelofa setakat kiut mcm Penelope Cruz tu ada la.. wakakaka perasan..

Kawan2 lelaki aku pun tak ramai kalo kt rumah tu pun sepupu-sepapat aku je la.. Kawan sekolah lelaki yg kamceng pun geng2 lembut..

Sebab tu la aku susah sikit nak cakap dgn lelaki yang baru kenal dan lebih berusia dgn aku.. Bagi aku bila kita terlalu ramah dorang akan cop perempuan ni gedik, perempuan ni berkenan dgn aku..

Tapi semalam aku ada kenal seorang brader ni dia member kpd member aku.. He is so nice and take care kat perempuan walaupun tak kenal mcm aku ni.. Semalam aku attend JB Berselawat, kami pi awai takut jalan sesak.. Bila dah sampai Brader ni siap pesan lagi kalo tak dak tempat nak solat gtau nanti dia hantaq gi masjid.. Dia tak pilih bulu la.. sembang ja dgn aku just aku ni la berat mulut sbb tak biasa..

Konklusinya ada lagi lelaki yang baik cm brader tu