Friday, 29 June 2012

#Novel : TAKDIR ITU MILIK AKU (TIMA)

Hari ni aku nak komen sikit pasal buah tangan kelima novelis terkenal tanah air Siti Rosmizah sebab ramai sgt dok tanya kat aku pasal novel nie.. Takdir Itu Milik Aku release hujung april yang lalu tak silap aku masa Pesta Buku Antarabangsa..


TIMA ni bagi aku tak la sebest/menyengat mcm karya beliau yang pertama ANDAI ITU TAKDIRNYA tapi biasa la mana boleh nak wat sama je kan so aku rasa penulis nak bawa satu kelainan dalam TIMA.

Dian Zara heroin TIMA.. Pes2 aku baca novel ni aku egt Dian ni baru darjah 6 tup-tup dah 19 taon dia punya kelurusan mengalahkan bendul. Bagi Dian semua org kat dunia nie baik2 belaka..
Then dari seorang yang lurus Dian nie berubah 720' aku rasa lepas satu tragedi.

Zarif Adha watak hero. Zarif nie lain dgn watak Syed Aizril dlm Andai Itu Takdirnya sebab dia tak pukul Dian even dia benci gila kat Dian. Yang tak logiknya lepas eksiden punya la sayang kat Dian sampai tak mo lepas.


Komen aku la novel nie terlalu tebal hope novelis take note.. Novel yg terlalu tebal buat kami pembaca cepat boring, kami tahu byk input yang penulis ingin sampaikan tapi jgn lah sampai 1k lebih pages memadai spt karya2 Puan sebelum ini..

Personaly saya rasakan zaman sekarang susah nak cari org mcm Dian ni sanggup makan makanan drp Tong Sampah n masih makan nasi dgn garam.. Selalunya remaja nie seorang fighter bukan lurus sgt.. Kalo lurus pun bab lain je..

Ending TIMA sama je mcm novel2 lain hidup bahagia dengan suami terchenta dan dikurniakan anak... Arghhh satu ending yang tipikal dan boleh jangka...

Apa pun aku masih lagi menanti karya Siti Rosmizah yang boleh tangkap jiwa aku mcm karya2 beliau sebelum nie... Ekceli sejak dari karya keempat beliau 7 Hari Mencintaiku tu pun aku dah tak boleh pi dah dgn karya beliau tapi sebab beliau one of my feveret novelis aku baca juga...

p/s : Aku suka gila Andai Itu Takdirnya n Lafazkan Kalimah Cintamu hope Siti Rosmizah boleh wat lagi novel2 terbaik mcm nie :)

Thursday, 28 June 2012

#Masak-Masak : Telur Bungkus kerr??

Cuti sem. dah start so kehidupan aku sebagai full time housewife bermula.... sat... sat hangpa jangan dok salah faham... aku tak kawen lagi okey....aku masih lagi menunggu my mr rite datang dgn kuda putih...tudia aku start berangan... back to story..

Hari ni aku nak masak sesuatu yang simple "Telur Bungkus"... Sapa yang selalu mentedarah kat restoran Thai mesti kenai teloq bungkuis kan... kat kedai mahal sepinggan mau 8 hengget tapi lauk seciput je..... baek masak sendiri kan.....

ekceli mudah sgt nak wat telur bungkus nie...

Bahan-bahan yang hangpa perlukan

Ayam, daging (potong dadu), lobak merah, bunga kobis, tomato
Bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi, sos tiram, sos cili, gula, garam, serbuk perasa
Telur paling penting sebab dah nama pun telur bungkus kan???
Cara memasak :

Mula-mula sekali panaskan minyak then tumis bawang merah & bawang putih sampai naik bau... lepas tu masukkan ayam, daging.... then masukkan pulak sos tiram n sos cili... kalo ada sos tomato pun ok juga.

Nak bagi ada rasa buh la garam gula ikut suka hati hangpa la nak letak bapa byk ikut kesesuaian lidah masing-masing... Lepas tu buh sedikit serbuk perasa nak bagi sedap... aku letak serbuk perasa hilal asyraf.

Akhir sekali masukkan carrot, bunga kobis n bawang besar... 3 benda nie buh last sekali sebab kita takmo t dia lembik... dah masak letak tepi...

Nak bungkus lauk2 pulak... aku sarankan guna pan senang nak bungkus.... Part bungkus aku tak boleh nak ajaq sebab.....

































 
Telur bungkus yang tak berbungkus

Sebab nie la... aku tak tau mana silap masa aku nak bungkus tu tak jadi pulak.... Maybe aku terlebih guna telur kot...... =D

Hope resepi aku yang pakai hentam nie bileh tolong hangpa masak...h



Wednesday, 13 June 2012

EXAM MOOD : Proses Globalisasi & Pengaruhnya

Sempena aku masih lagi dalam mood exam so n3 arini pun all about exam je.... no excuse...

Paper ketiga aku esok 14 Jun 2012- Dinamika Malaysia so aku nak ceta sikit pasal globalisasi kat hangpa semua sebab tajuk ni salah satu tajuk spot tau.... Hihi

Globalisasi


Merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleg sempadan dan kedudukan geografi melalui proses globalisasi dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara terbuka luas untuk dimasuki leh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi. Selain itu globalisasi juga dikatakan satu fenomena yang telah mengubah dan mempengaruhi sebahagian gaya hidup masyarakat. Dewasa kini, globalisasi juga dikatakan sebagai rentetan daripada kolonialisme semasa perang dunia kedua. Globalisasi itu sendiri mempunyai proses yang tersendiri.

Proses globalisasi yang pertama iaitu gelombang pertama hegemoni barat berlaku dalam lingkungan abad ke 15 hingga abag ke 18 , menerusi proses imperialisme dan kolonialisme ke atas negara-negara di Asia dan sekitar yang menyebabkan wujudnya negara bangsa baru. Australia dan new Zealand merupakan antara negara yang menerima kesan hebat rentetan proses kolonialisme British ke atas tanah puak Mouri dan Puak Aborigin. Akibatnya penduduk asal dinafikan hak dan budaya mereka hilang begitu sahaja setelah diserap dengan budaya-budaya dari barat.

Hegemoni Barat kedua berlaku setelah berakhirnya perang dingin dan kejatuhan kuasa Soviet Union. Pada ketika ini muncu Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia dengan membawa dasar New World Order. Dasar ini bermaksud meAmerikanisasikan negara-negara dunia ketiga. Tambahan, melahirkan pemikiran baru seperti consumerism, hedonisme, liberalisme dan indidualisme. Pemikiran consumerisme bermaksud masyarakat cenderung untuk memiliki barangan daripada barat.

Proses globalisasi ketiga dikatakan akan mendatangkan kesan lebih hebat kerana berteraskan ICT dan pasangan produk barat yang lebih meluas. ( Setakat ni dulu sebab xda idea dah )

Bagi aku globalisasi ni bawa keburukan dari kebaikan tak dinafikan kebaikan tu ada macam ICT. Dengan ada tenet kita boleh tau banyak info yakni baik or tak dengan duduk diam2 depan laptop. Then walaupun aku menetap di Malaysia, aku boleh makan makanan seantero dunia.


Keburukan globalisasi ialah identiti dan budaya sesebuah tamadun dilenyapkan. Kalau 200 tahun dulu dunia nie penuh dengan keunikkan setiap tamadun. Seperti Tamadun Cina, India dan Islam.. Dari segi falsafah, pemakaian pemakanan cara hidup seni bina semua berbeza.

ekceli masjid nie



India.


Tapi sekarang semua nampak sama...

Pikir2 kan lah nak ke kita semua dimakan oleh globalisasi nie??

p/s : k-pop tu globalisasi juga ke???

Monday, 4 June 2012

KEHILANGAN

Lama gila aku tak update...bekpi la bukan ada org baca pun belog aku..

Sebenaqnya pada 18 May 2012 yang lepas aku sekeluarga baru sahaja kehilangan salah seorang ahli keluarga kami yakni kakak aku ZAHIDATUL AKMAM.. Arwah pergi secara mengejut kerana terlibat dalam kemalangan dan meninggalkan seorang anak lelaki berusia setahun (Afiq)..

Arwah ni kakak atas aku tapi hubungan kami takda la rapat macam belangkas atas sebab-sebab tertentu..
 
Kehilangan arwah secara mengejut wat aku terpikir mati ni tak pernah tunggu  kita walaupun sesaat dan bila dia mai dia tak bagi hint langsung... Selama nie aku asyik baca kat metro pasal family org len tapi bila dh kena kat diri kita baru kita sedaq dan buka mata...

Pagi Jumaat 18.5.2012

Dalam pukul 9.30 aku dapat call dari no aku tak kenal.. Nasib aritu xda kelas jadi aku jawab kalo ada kelas jgn harap aku nak jawab col..

Pemanggil "Yani, ni Mak Lang... boleh balik la kot"
Aku          "Awat?"
Pemanggil "Kak Mek ang takdak dah"
Aku          "Pasal pa"
Pemanggil "Eksiden"

Ya Allah... Masa dapat berita ni aku ketaq lutut kot.. Tapi satu ja aku pikiaq aku kena sampai Alor Setaq walau apa pun cara... Jadi aku cepat2 tukaq baju aku tak bagitau kat rumate aku..aku juz kata nak balik Alor Setaq ja.... Masa ni membe kamceng aku Suzi, Kila, Dada, Kak Sol teman aku p Opis kolej...

Orang opis boleh tolong setakat hantaq p Airport Senai ja... Ok aku syukur sgt... Sampai sana aku terus tuju p Kaunter Tiket MAS.. harga tiket total RM792... Adoi MAS mmg pow aku sungguh2 xpadan dgn nak bankrup.... 

Aku dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abd Halim ja 1450... Journey jadi panjang sbb kena transit KLIA... 

Dalam pukul 4 ptg tu aku sampai kat umah... Aku egt aku mimpi tp realiti aku sudah kehilangan seorang kak
Cerita lanjut pasal eksiden kat sini

Banyak benda yang arwah titipkan... arwah nak buat langsir baru, nak perbesaq dapur, nak beli keta baru dan macam2 lagi...

Mak aku mesti lagi terasa sbb arwah ddk dengan dia... 
 
Malas nak taip2 panjang t banjir pulak...

AKu nak ucapkan terima kasih kat Kawan2 aku sbb bagi bantuan dr segi kewangan bagai,, tolong hantaq esaimen...tolong bgtau lecturer aku tak mai... tolong hantaq aku p senai...
Akan aku egt selamanya...