Friday, 13 May 2016

T

Aku tak ingat pernah cerita tak yang budak srm jatuh hati kat aku. Januari 2013 Caca bagitau kat aku yang T suka kat aku. Ok hgpa tau tak 27.10.15 baru T sendiri yang bgtau kat aku tentang perasaan dia tu tu pun lepas aku desak sebab dh konvo so aku nak tau perkara sebenar.

Dengan cara T mcm tu aku pun konfius dia ni mmg suka kt aku ke tak. Ok lepas T confess tu aku takda la nak rasa excited mcm orang lain sbb aku pun tak tau aku ni suka ke tak kat T or sebab aku boring aku terpaksa la terima T?

Dah hampir 6 bulan ni hubungan aku dgn T mcm tu je, T bila aku ws dia cara dia reply pun slow gila. Perbualan kami pun tak berkembang sgt pun boring tau. Then bulan 2 hari sebulan lebih dia tak contact aku, aku pun ego juga tak contact dia. Aku eksiden pun ntah la dia tahu ke tak.

Sampai ke hari ni aku tak tau la adakah dia betul2 Mr. Right aku? Perasaan yang sebenar T dekat aku? Mungkin ke T suka kt aku sbb aku ni yang mcm beramah mesra dgn dia masa kt SRM dulu tu sbb T ni seorang yang pemalu tambah pula dgn perempuan.

Aku ni bukan muda lagi dah 24 nak try and error dalam perhubungan.

Hope T berubah la sikit jgn slow sgt

Wednesday, 11 November 2015

Tak mau jadi dewasa

La ni baru betul2 aku masuk alam dewasa no more teenage world gitu jah. Grad pun dah kerja pun dah.. Boipren ja xda lagi padahal bukan main aim nak kawen 2016 nampak gaya kena say baibai la kat impian yang satu tu..

Dulu masa dok belajaq lagi rasa best dah kerja secmua ni padahal tak best langsung hidup sunyi sepi hangpa tau dak.. Dahla jauh dari family nak mula hidup2 sorg2 mmg lone ranger gila.. La ni setiap saat aku dok pasang niat nak keja kot area alor setaq ja... tak best hidup macam ni dengan keja ntah apa2 gaji ciput lagi.. Makan pun tak terjamin sedihnya hidup...

Rasanya hidup aku ni dari dulu sampai saat dok taip entry ni mmg tak lekang dari perkataan sepi sunyi dan bosan pun...

Bosan bosan dulu bosan lagi hidup sekarang ni

huhuhuhuuhhuhuhuhu

Kalo ada yang tau kerja kosong kot alor setar jitra habaq mai la aku dah malas nak stay kat kulim ni woiiiii

 BOSAN teramat dah ni

Monday, 29 June 2015

Unofficial UTM graduate

Insyallah esok aku bakal menamatkan pengajian 4 tahun sebagai mahasiswi jurusan sains kimia industri. Sepanjang bergelar mahasiswi UTM bermacam jenis manusia aku jumpa dan tahun akhir di sini merupakan disaster to me
Finally here it come.
Freedom

Sunday, 7 June 2015

Dilema

Seminggu dua ni aku dalam dilema yang teruk sepanjang hidup rasanya. Aku dok update stress kt fb semua orang igt aku stress pasal psm tapi sebenarnya tak. Aku stress dan dilema pasal benda lain. Aku dilema nak pilih antara family atau sv psm aku ni. Cerita dia lagu ni minggu lepas dapat emel aku diminta untuk stay back kt lab lepas final exam ni. Aku sebenarnya nak tolak sbb pikiaq mak kt rumah tu xda org dah tapi nak bagi tau kt sv aku tu tak tau macam mana. Sebab aku tak diberi pilihan tapi aku diberi arahan.

Aku takut nak mengecewakan dua2 pihak. Aku tak tau nak buat apa
Orang cakap senang pi je la bagitau kat sv aku tu tapi aku takut kat dia, takut sgt sgt. Sebelah lg aku takut nak dgr nada kecewa mak bila bgtau aku tak boleh balik lagi aku takut dgr nada mak yang sedih dan kecewa tu aku pernah dgr nada tu tahun lepas bila bagitau tak boleh balik utk cuti midsem..

Sekarang aku nak study pun xda mood sebab aku dok serabut. Kadang2 nak kejam tapi aku tak sanggup sebab KESIAN. Masalah juga jadi baik ni kan?

Rasa nak buat mcm mimi kata "Hang dok kesian kat orang, orang tak kesian kat ang"

Aku dah penat penat penat penat
Aku rasa nak quit dan tarik luggage belah dari semua masalah ni dan lenyap terus

Thursday, 21 May 2015

Pitch Perfect 2

Anyone yang belum watching this super duper comedy film of the year, plz make some time go to ur nearest cinema.. haha akak speaking london walaupun berterabuq habaq ang amek aura Pitch Perfect 2.
Akak memang rekomen la sgt kat hgpa semua pi tgk movie ni mau gelak sampai terguling dalam panggung.

Untuk Pitch Perfect 2 Barden Bellas dah jadi satu group yg hot kt Barden University sebab dah 3x menang national championship. Those girls dijemput utk performance depan Mr. President. At first semua smooth je tapi bila part Fat Amy tu tak boleh tahan siap boleh bergayut kat atas syiling pulak. Disebabkan satu eksiden memalukan waktu ni reputasi Bella jatuh dan mereka didenda. Denda tu ibarat no more Bellas la..


So demi nak menaikkan nama Bellas balik depa ni kena menang utk world championship tapi Persatuan Acapella US tak yakin sbb wakil drp US tak pernah menang. Dalam nak menang utk menang takhta juara dunia mcm2 konflik la berlaku tp semua best-best dan lawak tau.




Ahli-ahli Bellas utk season ni ada yang sama mcm dulu dan ada yg aku tak kenal. Chloe masih lagi Bella sbb dia takut nak move on so dia sanggup failkan subjek supaya boleh stay dgn Bellas. Lily still sama mcm dulu ckp sepatah xda yg dengar. Fat Amy confident level dia xda org boleh lawan. Beca dia mcm dulu juga. 



Performance Bellas masa kt world championship mmg gempak dan terharu uolls sbb dorg dh grad n aku juga bakal grad.. Hohoho

Btw kt hujung cerita ni ada surprise so hope hgpa jgn bangkit drp kerusi sampai hangpa tak jumpa Adam Levine,Pharell,Christina dan Blake tau. Aku haritu hampir terlepas tapi masuk balik tgk surprise ni.

Sepanjang half 2015 Pitch Perfect 2 is the best movie. Avengers kalah sebab masa aku tgk baby kat sebelah asyik memekak.

Sunday, 19 April 2015

SELAMAT KEMBALI ALOPECIA AREATA

Untuk 4 bulan lepas aku percaya yang aku dah free drp AA sebab sejak masuk tahun akhir ni aku banyak stress, makan instant mee tapi tak nampak pula ada lompong kat kepala ni tu yang aku percaya aku dah sembuh.

Tapi semua tu dusta

Pagi tadi i found new patch

waktu tu macam2 rasa ada nak gelak nak teriak

aku kena positif kan

aku kena kuat lawan AA ni

apa-apa pun AA welcome back and I'm ready enough to fight with 'you'

Wednesday, 4 February 2015

Aku Manusia bukan ROBOT

Hari ni aku geram sangat sangat kat satu hamba Allah ni. Tahun lepas pun ada sekali aku geram sgt mcm hari ni dekat dia. Dia tu jenis manusia yang komited, passion, workaholic dlm bidang research ni so nak dipaksa nya aku ni ikut telunjuk dia yang tu aku tak boleh terima ye la aku ni bukan la minat sangat pun KIMIA ni. Buat labwork tu pun ikhlas memang tak da.

Okey hari ni aku habaq kat dia elok2 yang this weekend i repeat this weekend aku nak balik tapi cara dia terkejut tu mcm aku nak balik sampai bukak sem. Tak bagi balik ada la. Siap kena tadah telinga lagi dengan point2 dia yang aku masuk telinga kanan keluaq telinga kiri.

Sejujurnya aku tak paham haritu aku tak masuk lab satu hari sbb balik dan tak bg tau kat dia dikatakan kurang ajaq ni aku habaq kena marah. Apa yang dia nak sebenarnya. Aku da family salah kah nak balik sat jumpa family? Aku dok sini pun dok stress nak buat kerja pun tak jalan pun sama ja. Apa masalah dia sebenarnya?

Haritu lagi la aku dah beli tiket kot sekali dia kata "Maaf Zayani tak boleh balik" woii dah la tak pernah bagi tau midsem kena stay, lepas tu kena stay yang dia dok habaq cuti semester.. Lain tau cuti semester dengan cuti mid sem. Dia ingat aku ni anak orang kaya ka senang2 nak suruh burn tiket balik LosStaq yg harga kat 80 hengget tu.. Pernah tak pikiaq perasaan orang sebelum cakap apa2. Padahal dh sebaya mak aku kot.

Dok bawah dia aku lagi banyak menghampakan keluarga drp dia. Padahal priority aku sepatutnya kt family bukan dia dan bacteria dia tu.  Yang hari ni tak bagi aku balik, dah la aku dah book tiket flight tu lama dah kot bukan sentuh duit grant dia pun. Even duit tiket bas pun aku tak sentud duit grant tu pun sekupang pun dak. Duit RM400 makan sebulan pun tak cukup...

Sebenarnya aku tak suka orang mcm ni. Yang selalu pikiaq dia saja yang betul, bertindak tanpa pikir perasaan orang lain, nak orang ikut acuan dia saja.


Stresssss aku mcm ni bila nak habis tau duduk bawah dia tu