Sunday, 29 December 2013

2014 is coming!!!!

Assalamualaikum...

Hari ni 29/12/13 maksudnya sisa baki 2013 ni ada lagi 3 hari.. Okey rasa macam sekejap je setahun.. setahun berlalu macam tak sempat nak buat apa2.. Blog pun untuk tahun 2013 ni xbanyak sangat update.. Haishhh..

Tahun baru mestilah azam pun baru kan? So apa azam hangpa?

Azam cheq untuk 2014 ni nak ubah la asyik tiap2 tahun azam supaya jumpa Mr.Rite tapi tak pernah muncul pun.. Jadi untuk 2014 as 22 years old lady gitu I wish I'll become better person.. Cewaah speaking london lak pulak..

Dah nak masuk 22 tahun means dah tak lama nak jadi mak orang kot takkan nak perangai macam budak2 lagi? Aku kena la berubah tutup aurat dengan sempurna, tingkatkan amal ibadat, luaskan pengetahuan ilmu terutamanya tentang islam barulah aku boleh melahirkan seorang muhajidin.. pergghhh cita-cita ko CikYan tak boleh blah..

Tahun 2014 juga bakal melihat my lil prince no wearing pampers anymore.. I hope this may success

Afiq toilet training is coming soon!!!!

Sem depan jugak subjek berat2 doe, pastu praktikal lagi pastu bulan 9 dah jadi akak final year insyaAllah... Final year pun aku rasa condition aku akan sama je dgn tahun2 lain.. Masih tak jumpa my Mr. Rite.. Hahahahhaahhaah

31/12/13 my first paper begin... Wahhh macam tak cukup lg revise (tp ada masa update belog)

Doakan supaya aku buat yang teebaik yea.. So next moth i'll get my reward.. wakakakaka




Tuesday, 17 December 2013

Jihad Kecik : Boikot

Assalamualaikum..

Hangpa la ni dok boikot Mekdi lagi ka?

Ye la awal tahun aritu, Malaysians pakat memboikot Mekdi sampai hampir nak gulung tikar Mekdi tapi semangat Malaysians ni sekadar hangat2 taik ayam panu tambah pulak Mekdi bagi free meal.. Boikot ikut musim, padahal pergolakan kat Palestin, Syiria tu bukan ikut musim tapi setiap hari.. S.E.T.I.A.P H.A.R.I..

Alhamdulillah dan tahniah kepada mereka yang masih boikot produk Yahudi Laknatullah especially Mcdonalds

Kepada yang boikot bermusim tu, Aku harap bila hangpa nak makan tu hangpa pikiaq macam ni "Hangpa kenyang makan bege mekdi yg sedap gilooosss tu, orang palestin kena bom yg datangnya dari duit kekenyangan hangpa tu"

Aku tau ramai yang kata "Ala kita boikot Mekdi Malaysia, bukan nak bankrup Mekdi dunia pun"
                                      "Boikot Mekdi tapi mimun milo (Nestle), period guna kotex"

Yea Nestle, Kotek, Baby Johnson antara barangan popular under Company Yahudi.. Kalo org persoal aku cm ni senang je..

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalo aku start boikot semua barangan yang kegunaan harian, mau stress aku.. Last2 tak jadi boikot.. So sbb tu aku start dgn Mcd (alhamdulillah dh dekat setahun tak sentuh) InsyaAllah lepas ni aku akan boikot brands lain pula..

Jadi la seperti burung-burung kecil yang berusaha angkut ayaq utk padamkan api yg bakar Nabi Ibrahim. Walaupun impossible utk ayaq yg sikit tu memadamkan api yg marak tp at least berusaha..

Mungkin aku tak mampu nak bersama2 berjihad dengan para muhajiddin kerana iman aku tak da la setebal mana tapi dengan perjuangan aku yang tak seberapa ni aku mampu menolong saudaraku dari jauh..

Saturday, 14 December 2013

My Lil' Prince : Ahmad Afiq Aiman

Assalamualaikum!!

Hari ni CikYan nak ceqhita bout my lil' prince yang super duper potpet. Mungkin ada yang tak kenal sapa Ahmad Afiq Aiman ni? Anak CikYan ke? Adik ke? Errrkk boleh gi ka nak dapat adik puan mak pun dah lama menopouse.. Lain la kalo Incik Abah kawen lain..Choiiiiii..

Bagi ada yang tak kenal Afiq ni anak arwah akak aku dan sekarang ni dibela oleh Puan mak dan Incik Abah.. Kira cam adik cum anak aku jugak la..

Malam Raya Haji, kalut nak pakai baju raya so aku bg baju lama 


Tak lama lagi dah nak masuk tiga tahun tapi mulut ya Rabbi kalo hantaq pi pertandingan debat rasanya boleh menang.. Kalo dia sihat mulut tu akan stop bila lena ja...

Aritu, aku baling mercun 'pop-pop' kat dia sekali Afiq kata "Oh buah cempedak, terkejut akak"
Mula-mula aku terpinga-pinga juga, apa la budak ni cakap pastu baru aku ingat dalam UpinIpin, Kak Ros ada sebut "Bertuah punya budak, terkejut akak".. Rasanya yang ni sebenarnya nak disampaikan oleh Afiq..

Afiq dah boleh la baca Alif Ba Ta sampai Ya sebab boleh kata tiap2 malam pergi mengaji kat rumah mak cik aku.. Alang-alang makcik aku ajar anak2 dia ngaji ajar Afiq sekali.. Satu je peel Afiq kalo time rajin bukan main awal gi mengaji.. Kalo malas kita ajar pastu dia soal balik "ni apa?" "ni ba" "bukanlah ni ain"
macam2 la..

Lagi satu, da satu hari tu masa aku balik cuti midsem aritu,, Mula-mula afiq tgh mandi kt dalam bilik air.. Aku malas nak layan, gi luar, puan mak pulak solat.. Sudah solat puan mak pun panggil la Apit Eman tp senyap.. Puan Mak gi la usha... sekali Afiq dok sedap berkuak rama2 dalam kolah... Fuhhh nasib la ayaq sikit ja kalo penuh cuba hangpa bayangkan...

Dengar kecoh kt belakang aku pun mai la,, Punya sedap dia mandi dalam tu feeling kt pantai agaknya,, ye la time tu baru balik dr Pangkor.. Aku pun angkat afiq kuaq,, then aku suh dia tunjuk mcm mana dia masuk dalam kolah..

Punya kreafif budak2,, dia lompat then duduk tk simen atas tu, then masukkan kaki dulu....

Afiq..Afiq.. macam la ang ni.. Nak cerita pasal Afiq mau sepuluh hari meh layan gambaq

First time mandi pantai, terus demam

Gila kamera gak budak ni

Faktor menyebabkan ampaian puan Mak patah

Tuesday, 10 December 2013

Review Novel : Dia.....Isteri Luar Biasa

Assalamualaikum..

Suka kan tinggal belog xberupdate? Ala update pun bukan hangpa nak baca pun hihi

Okey xmo dah emo sal Alopecia la ni biaq pi kat dia la nak gugur ka nak tumbuh ka rambut oiii.. Tudia punya redhooooo...

Bukan apa cik baru lepas habis baca satu novel ni yg boleh dikategorikan Novel terbaik 2013.. Pepandai je CikBayam ni kan

Ni la novelnya.. Dia Isteri Luar Biasa

Apa bestnya novel ni??

Best la sebab ada Raden Amzar, tiap2 malam CiKBayam termimpi2 je tau kat Raden ni hihi

Ceqhita dia santai dan kelakar. Dewi Yusra demi meginginkan zuriat sebagai pewaris penyambung legasi Nasi Ayam Bonda aka Cik NAB dia sanggup cari suami sementera. Tapi Dewi ni tak mau la yg besa2 suami sementara dia mestila perfect baru la pewaris CikNab perfect

Macam2 la yg dibuat oleh Dewi demi nak memikat Raden kononya la ekceli Raden yg lebih2 ngorat Dewi..

Dewi dan Raden disatukan lepas satu eksiden.. aku rasa hangpa pun boleh agak.. Mula-mula buat jual mahal tapi demi penyambung waris Cik NAB akhirnya Dewi terperangkap dgn cinta Raden..

Apa reaksi Raden bila dapat tau Dewi kahwin dengan dia demi nak Baby je pastu akan tinggalkan dia??

Pakat2 beli la novel ni..Cik Bayam nak review pepanjang iolls xpandai lagi..hihi

Sunday, 6 October 2013

Aku penghidap Alopecia... So what????

Assalamualaikum

Apa itu Alopecia? Alopecia tu satu penyakit keguguran rambut yang kronik sampai mengakibatkan kebotakan di kepala. Okey tu la penyakit yang cheq tanggung 2 tahun ni.. Dan sekarang nie cheq dah berada di tahap kedua Alopecia yang mana atas kepala ni da lebih dari satu kebotakan.. 
Sekarang ni cheq bergantung kat ubat-ubatan ja la. One of my BFF ni studennt medik she said i must consume those medicine for the rest of my life... Sadis betoi kan!!! Its okey ni satu ujian dalam hidup cheq..

Pengidap alopecia stage terahkir
Bila hangpa dah kena Alopecia ni, hangpa tau la betapa downnya diri cheq ni, ye la pompuan botak?? Cheq ni baru 21 kot macam mana nak kawen? ada ke lelaki nak terima pompuan botak? mana ada lelaki nak terima pompuan tak sempurnakan?

Even ada sorng mamat ni dia pernah la luahkan perasaan dia kat cheq awai taun aritu, tapi cheq tak terima la wat bodo ja just kawan2 dulu.. Baru2 ni cheq habaq la kat dia sal penyakit cheq hampeh tol jantan tak gunaaaaa!!!! tu bukan nak bagi sokongan moral ka tapi terus kami jadi like stranger.. Nasib cheq tak terima dia kalo tak frust menonggeng la dah la pantang utk pengidap Alopecia adalah STRESS
 Ada banyak benda gak la kena pantang dan cheq kena mengamalkan healthy lifesyle gitu.. Mungkin orang luaq akan nampak remeh bab Alopecia ni tak macam kanser kan tapi tu la sampai ke mati kena makan ubat kalo tak mungkin cheq akan ke stage yg terakhir yakni segala bulu kat badan luruh...

Paling cheq sedih org rapat dengan cheq boleh gelak lak dengan keadaan cheq ni.. Okey they hurt me
keadaan pengidap Alopecia Areata (ehsan gugel)



   

Tuesday, 1 October 2013

Miserable Day!!

Apa yang miserable nya?

My lab partner la. Antara banyak-banyak praktikal lab sepanjang pengajian cheq kat UTM ni rasanya kali ni paling TAK BEST dan STRESS.... Lab partner kali ni amat lah tak BEST!!!!!

Even sem lepas aku partner dengan Hao Ting si cerewet gilos dalam kelas pun tak da la rasa kebahagiaan berexperiment tu ditarik tapi bila berpasangan dengan Voldersort ni lab baru sejam tp dah rasa macam tiga jam.

Jenuh la nak tanggung penyiksaan selama beberapa minggu lagi.. Huisshhhh... Mau gugur lagi banyak rambutku ini..

Thursday, 26 September 2013

Assalamualaikum

Lama juga cheq tak update blog ni gara2 lupa password (alasan cliche) 

Bila dah boleh update tak tau nak nak tulis apa pulak sbb byk benda nak di share kan

Apa pun selamat kembali Cik Bayam!!!!

Friday, 1 February 2013

::masak-masak:: puding TRIFLE

Lama tak update sejak2 cuti ni kan jadi hari ni cheq nak wat en3 masak2... 
Cuti kali ni cheq banyak masak puding ja sebab nak sahut cabaran seorang ostat ni.. Dia kata pompuan yang nak kawen kena tau paling kurang 30 jenis masakan...

Apa tu trifle??

Trifle ni puding yang lapis2 tu la...

contoh trifle

Resepi

Swiss Roll
Susu sejat 1 tin
Cocktail 1 tin 
Jelly Kristal - aku beli branda NONA perisa stramberi
Tepung Kastard
Gula


Orang kata nak cantik gula la bekas pyrex... so boleh nampak layer2 tu kannn...

Okey fisrtly apa yang hangpa perlukan ialah susun swiss roll tu... Nak nampak kemas potong kecik..
susun mcm ni tau..
 Pastu tuang ayaq koktail tu kat atas susunan swiss roll ni.

2nd layer- masak kustard.. Cara masak dia lagu ni 1 tin susu+1tin ayaq+gula(ikut suka hangpa nak manis tera mana) masak ni dulu atas api.. Pastu hangpa bancuh tepung kastard(7sudu besaq membukit) dgn ayaq then campurkan dgn susu yg tengah mendidih atas api... Agak2 dah likat tu tutup api pastu tuang atas swissroll...


3rd layer- tuang buah2 cocktail
4th layer- aku letak jelly-cara masak da kat kotak---rajinkan diri baca hihi
               nak tuang jelly tggu kastard tu keras dulu tau...jgn ikoot aku kira nak cepat ja...

Lastly aku letak lebihan kastard n tabur cokelat rice,,,,


jeng..jeng... jadilah my first trial



presentation aku fail kan..huhu

kalut sangat tu jadi lagu ni
ok la boleh makan... Nak sedap guna whipped cream.. aku nak jimat so guna kastard je la...

Tuesday, 15 January 2013

Tamat sudah semester ini ^_^

Assalamualaikum.....

hari aku merdeka!merdeka!merdeka!

merdeka dari buku2 kimia yang tebal

merdeka dari assignment yang bertimbun

merdeka dari tutorial yang tak pernah aku siapkan

merdeka dari lab report yang berpage-page tu



akhirnya boleh la aku menari-nari macam ni kan...hihi..

Saturday, 12 January 2013

Adam Hawa...Boleh la

Patotnya aku buat entri pasal kebangkitan rakyat la hari ni tapi malas la sebab lepas ni ramai ja yang akan bash aku. So demi tak mau nak menambah dosa orang lain better aku buat entri something else.

Telenovela adaptasi novel paling hits Adam Hawa dah habis akernya minggu lepas (fuhhhh lega). Drama ni bagi fenomena kat semua orang kot.. aku rasa la sebab buka pi la belog mana pun semua akan pakat ceta pasal Drama Adam Hawa ni.. mentang-mentang la Abg Arun Ajis berlakon kan... aku tak berapa suka sgt Arun Ajis ni..

Point aku Drama Adam Hawa ni Boleh la nak tgk bila dah tak da ceta len dah... tudia ayat kejam gila

 
Plot drama dan novel tak lari jauh. Apa yang peliknya masa aku baca dulu aku agak meluat dgn watak Am ni tapi bila tgk drama aku jadi meluat dgn watak Ain..

Awat tak meluat.. weiii u tu wife orang pliss la behave as somebody wife ni dok berchenta sakan dgn si Mamat Rebonding lak... Ya Hadoi!!!.. Sampai mak Mamat Rebonding tu boleh masuk meminang pulak errmmmm

Next, part Am lak.. Aku taw la ang nak romantik dgn Bini terchenta ang tapi cara cakap macam tak mau cakap ja.. Nak tunjuk romantik la kan cakap mcm tu tp persepsi aku mcm malas nak bercakap ja Am ni....

Kawan si Ain tu apa nama dia... Azi kan... tu lagi la over periang...huhu

Jahantkan cikBayam ni semua serba tak kena

Sunday, 6 January 2013

Cara Nak Patahkan Hati Diooo

Jumaat lepas member aku ada luahkan perasaan masalah atau dalam bahasa omputih dia dilemma yg dihadapi beliau kat AKU... Besa la ahkak ni kan Dr. Lurve huhuhuhu... Dr. Lurve yg pengalamannya zero..

Member aku ni diobses oleh somebody sampai naik ruam rimas katanya so dia minta tips dr aku cara-cara nk hentikan keobsesan someone tu. Nak kata member aku ni ensemm.. ensemm lagi Beto Kusyairi kesayangan Ahkak tu... apa-apa pun taste orang lain2 kan mana boleh nak pertikai

#Bro jgn marah yea nanti kena lelong hihihi!!!

Demi menolong rakan yg berada dalam kesusahan.. Aku dgn sukarelanya mencoret entri ini tatkala diri sibuk berstudy utk final...Terharu tak??? Sobs...sobs..

Cara-cara nak patahkan hati secret admirer anda

1. Terus terang. Ko kena explain kat dia betul2 yg ko tak suka dia buat semua tu kalo ko diam dia ingat ko tak kisah n ko diam pun bukannya dia boleh paham isi hati ko tu.

2. Jangan sesekali keep in touch. Bila ko dah tak layan dia lama2 dia boring la.

3. Ko ngaku kat dia yg ko tu gay ke. Nampak gila pulak tapi menjadi aku rasa hahaha :P

4. Ajak dia g date kat tempat org ramai pastu ko cakap kuat2 yg ko tak suka tgk dia kalo tgk mesti nak termuntahnya. Cara ni agak kejam tunggu je la penampar sulong. 


Dah la kot ekceli banyak lagi aku nak tulis tapi kekangan masa ni so sampai sini je la.....

p/s : Jadi pape aku tak tanggung tau.. Best of luck