Sunday, 29 July 2012

Kahwin konon

Harap tak terlambat aku nak wish selamat berpuasa kepada semua umat islam di seluruh pelosok dunia.

Aku ni bukan main dok berangan la nak kahwin dalam usia aku dah mencapai 20 tahun ni dan salah satunya aku dah terpengaruh dengan orang-orang di luar sana yang kahwin muda contohnya pasangan syafiq dan yana yang baru di alam persekolahan.

            
aku masa baya depa dok terkinja-kinja g
Pastu tambah lak blogger femes irine nadia n dena bahrin kahwin dah la depa dua ni sama baya dengan aku.. Lagi la membuatkan semangat aku nak berkahwin seawal umur 20 tahun ni bertambah.

Dena + Arif

irine + amirul  
Sweetkan pasangan2 kat atas tu... errmmm verangan sat noh......


Ok..ok..... kembali menaip

Aku ni bukan main nak kahwin awal tapi the main point skang nak kahwin tu perlukan pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali dan saksi. Masalahnya aku ni dah ada calon pengantin laki ka??? Harap muka mcm tempayan tak siap sapa la nak kan??? Sobs..sobs...

Nak kahwin ni ingat senang ke cheq oii? Setakat terror masak telur goreng baik tak payah... tak kan nak jamu laki ang makan telur ja tiap hari... mau lari jantan tu.. Eeerrrkkk terasa tau... mentang2 la aku masakan aku hanya tekak aku yg boleh terima nak perli la tu... menci tau....

Ada hati nak kahwin time belajaq kalo pointer setakat good standing... kalo kahwen tak tau la nak komen mau asyik dok repeat paper sampai anak masuk u pun aku tak grad....

Nak kahwin ni perlu komitmen yang tinggi tu tak masuk lagi dah ada anak... Susah.. pasal apa aku tak ditakdirkan kahwin muda macam org2 len sebab Allah maha mengetahui yang aku belum bersedia ke arah itu.

Monday, 2 July 2012

Rentak muzik terkini???

Assalamualaikum....

Angpa tau dak satu stesen radio yang guna trademark "Rentak Muzik Terkini".... mesti tau kan...

Aku tak paham la trademark bukan main hanya memainkan muzik terkini tanpa henti tapi aku dok dengaq 2 hari ni kat tempat keja aku selama 8 jam tanpa henti aku rasa stesen radio tu ptot tukaq trademark "Hanya Memainkan Lagu-Lagu ini"..... sebab sepanjang hari aku rasa stesen radio tu hanya pasang lagu yang sama dan aki boleh hafal dah lagu yang dipasang...

 lagu melayu..
1. Untuk Kamu
2. Mojo
3. Jangan ganggu pacarku
4. Bangun Harimau bangun
5. Anak kampung

lagu omputih
1. glad you came
2. Boyfren- Justin bieber

Aku tak tipu boleh kata ayik dok ulang lagu-lagu nie ja satu hari... padahal banyak je lagi lagu2 baru.. like lagu Bunkface ke? hunny madu ke? ni seharian ulang lagu yang sama...

Plizzz la I boring dah la kat tempat keja tu asyik pasang stesen Radio tu je... cuba tukaq buka Hotfm ke Red.fm ke baru best sikit....