Monday, 9 April 2012

Isu PTPTN : Mansuh atau kekalkan???

Assalamualaikum kepada mahasiswa yg tengah dok berjimba la nie n to all pegawai2 yg korup sekalian...


Hari ni 9.APRIL.2012 aku nak taip pasal PTPTN or lately lebih dikenali as PTPTIPU....  Okey sapa kat dunia alam tak berapa nak realiti nie penanggung hutang sebannyak berpuluh ribu di usia yg muda cm aku nie? Sila la ketuk-ketuk keyboard hangpa semua...




 Pasal pa kita jadi mangsa bebanan hutang? Sebab kita nie tak la bijak mana nak apply biasiswa JPA ka Endownment UTM ka... Jd sumber kewangan yang ada nak sambung pengajian di unibersiti hanyalah PTPTN... Walaupun bunga dia tinggi tetapi apa kan daya demi menggapai bintang di langit terpaksalah ku meminjam wang dr kerajaan Mesia yang selalu prihatin terhadap rakyatnya (prihatin la sangat).


Aku nak tya hangpa semua sebagai rakyat Mesia yg kuat dgn semangat 1Mesia apa pandangan hangpa?? PTPTN nie patutkah dimansuhkan terus? or Kekalkan je sebab kalo Mansuhkan mau lingkup kerajaan Mesia nak tanggung beban rakyat bak kata seorang peminpin yg digilai ramai tu....


Wat loan dgn gomen ni sama ja wat loan dgn Ah Long@Angah@Acik@sebarang Ah yg terdapat dipasaran.. Bunga dia dulu 4% tp sekarang 1% sistem ujrah katanya..padahal ujrah nie pun cekik darah juga..meh baca kat sini...


Nak wat cm na gomen tak mau tanggung beban rakyat jadi sebagai rakyat tanggung la sendiri kan... So aku pun terpikir la beberapa suggestion


1. Mansuhkan kos perkhidmatan. Peminjam hanya bayar jumlah yang dipinjam tanpa ada bunga@daun@akar


2.Potongan bayar balik ikut pencapaian pelajar


3.Kerajaan tanggung 100% yuran pengajian di IPTA bukan 75% seperti sekarang. Keperluan hidup yang lain sepeti buku, makan,penginapan ditanggung oleh pelajar.




p/s : sori lama tak update..esimen bertimbun sampai xda ruang nak bernafas