Monday, 30 January 2012

New My Fair Princess 2011

Assalamualaikum.... 


Sapa pernah tgk drama cina Tajuk My Fair Princess yg da tayang kat NTV7 lebih kurang 12 tahun lalu??? Tak silap cheq 2010 ada ulang balik pkul 2.30 ptg masa cheq cuti SPM dulu..


My Fair Princess 1998
Drama ni mmg meletoop cheq habaq mai.. sapa baya2 cheq tak tau sal ceta ni mmg JAKUN la... Boleh kata semua org tau kot..

Lebih kurang sedekad kemudian..remake drama ini dihasilkan... Dengan para pelakon dan cinematografi yang fresh..


New My Fair Princess
Cheq baru saja perabis tgk citer ni..Setelah berhempah pulus cari DVD drama ni kat kedai VCD.. Lastly tinggal yg original ja...tu pun left one piece... Sampai kena booking... perggghhh penangan drama nie mmg cm hot cake...


Total RM 170.. tapi cheq puas hati..

New Huan Zhu gege ni 50% sama mcm yg dulu dan 50% lagi berbeza.. Kalo wat cerita copy paste tak best la kan..

Pemilihan pelakon

Li Sheng as Xiao Yan Zhi


Cheq rasa dia ni lagi sesuai pegang watak ni dari Vicky Zhao.. Muka dia nampak lagi nakal..

Hai Lu as Zi wei


Muka dia ni sedih ja cheq tgk.. kesian bila tgk... Ruby Lin rasa lebih sesuai coz da ciri2 Zi Wei yg lembut dan berpelajaran tu..

Maharaja Qian Long hensem...


Jalan Cerita

Zi Wei, an illegitimate child of Qianlong Emperor makes her way to the capital where she meets Xiao Yan Zi. The two girls become sworn sisters and Xiao Yan Zi promises to help Zi Wei find her father, Qianlong Emperor. Xiao Yan Zi decides to sneak into the mountain where the Emperor hunts, but Zi Wei is weak and she is unable to get across the mountain, so she asks Xiao Yan Zi to tell the Emperor her story. On her way, Xiao Yan Zi gets shot and is unable to tell the Emperor her story, so the Emperor mistakes her for the princess and Xiao Yan Zi is proclaimed princess because Qianlong thinks she is his long-lost daughter. Meanwhile, Zi Wei is falling for Er Kang, a minister and private guard of the king. While in the palace, Xiao Yan Zi has caught the eye of her ‘brother’, Yong Qi, who is the fifth prince and the court artist, Benjamin. Although he’s engaged to Princess Xing Rong, Yong Qi finds himself drawn toward Xiao Yan Zi. The group makes a plan to get Zi Wei acknowledged as the true princess while keeping Xiao Yan Zi’s head safe from the guillotine. Xiao Yan Zi and Zi Wei’s antics in the palace attract attention from everyone, the emperor, the empress, the doting concubines, as well as the stern dowager empress and her confidante, Princess Qing Er.


Perubahan

1. Yong Qi putera Ke5 ada Bonda walhal yang dulu punya mak dia dah tak da
2. Maharani tak jahat
3. Yong Qi tak kawen dgn Xiao Yan Zhi
4. Benjamin pelukis diraja salah satu watak baru
5. Ala2 muzikal drama.







Tuesday, 24 January 2012

LUAH KE PENDAM

Arini cheq nak wat n3 yg da kaitan dgn lagu kat belog cheq ni... 


"Aku terjatuh..Aku terjatuh lagi"....


Cheq sure 200% semua orang yang NORMAL mst ada crush ka sesapa kan...Toksah nak bohong la kalo tak pernah ada perasaan kat opposite gender melainkan anda ini seangkatan dgn SEPOL....


Cheq pun da crush kat seseorang gak..dah dekat setahun dah... Cheq simpan ja..tak pernah pun luahkan kat dia...sbb cheq tau dia dah someone yg special walaupun dia selalu kata kat cheq dia single mingle lagi...hangpa mesti curious cm na cheq ley tau dia dah da scandal kan???? Cheq selalu stalk fesbuk dia la....hukhukhuk..


membe cheq selalu kata "Zizi ang tak try mana ang tau cuba p luah tgk..mn tau dia pun suka kat ang gak" Cheq ni seorang yg takot dilukai..tu cheq tak mau luah tu cheq takot perkara yg bakal terjadi mst lepas ni persahabatan kami tak kan seperti dulu lagi.....


Membe cheq minah (bukan nama sebenar) ni dia sangat berani luahkan perasaan kat crush dia.. At first mmg crush dia cheq panggil Dollah (bukan nama sebenar jugak) tak cakap apa pun...n still layan Minah..take care kat Minah...sampai la minah pikiaq Dollah pun ada perasaan yg sama juga towards her... seiring dengan peredaran masa..Dollah makin menjauhkan diri daripada Minah selepas Dollah dapat tau Minah dapat satu UNi n KOs dengan dia....


Paling menyakitkan hati Dollah tolak Minah lepas dia kata dia dh nampak Minah... wait!! wait!!! ang reject member cheq...sebab dia tak secantik miss universe ka Brok??? Dah tak mau pasal pa ang bagi harapan kat dia dulu.... Cheq sedih bila Minah col cheq dan nanggis2... Cheq kat selatan Depa kat Utara..kalo satu U dah la cheq belit Dollah.... Skg Dollah terus menghilangkan diri...




Disebabkan pengalaman Minah la wat cheq fobia nak luah perasaan yg terendam nie... Bagi cheq biaq p la cheq suka dia diam2 selagi tak kacau ketenteraman orang lain...


Memang sedih mula2 tau dia dh ada seseorang yg spesial... tapi apa boleh buat tu jodoh depa....mungkin jodoh cheq dengan dia hanya sebagai seorang sahabat sahaja....


Biaqlah cheq pendam...kan org kata ni pun satu jihad juga kan...


P/s : I need comments

Sunday, 22 January 2012

Si Anak Bongsu

Semua orang kata untung jadi anak bongsu..nak apa semua dapat..manja.. Semua tu hanya propaganda mak bapak hangpa saja sbb xmau bagi adik kat hangpa dah..so jgn dok nak percaya sgt tau...

Bagi cheq anak bongsu ka anak sulung ka anak tengah semua sama ja.... lebihnya bawah kita mmg xda sapa2 dah.. bila p market dgn mak hangpa mesti da pakcik2 makcik2 yang tegur.. "ni yang adik sekali?"
tgk semua org ingat yang anak bongsu..depa tak tanya pun "ni yang sulung ka???"

Cheq ni anak bongsu daripada 4 adik beradik.. sumtimes cheq konpius gak cheq ni anak bongsu ka anak tunggal... sebabnya gaps cheq dgn abang dan kakak2 cheq jauh bebonor...kami semua tak pernah la satu sekolah... Tambah lak sekarang semua dah berkeluarga...so keluarga Incik Abah tinggal hanya cheq dan Puan Mak je la... errrmmmm ley kira anak tunggal la ka???? ^_^

Bestnya jadi anak bongsu time raya.. disebabkan abang dan kakak2ku semua sudah bekerja...so time raya tadah tangan je la...mmg masyuk la time tu... Dah adik mestila dapat lebihkan xkan nak bagi singgit lak...

Bila gathering lak makan mahal2... Cheq mana kena wak kuaq duit..hehehe jimat siot...

Meh cheq nak cerita tanggungjawab seorang anak bongsu lak...
1. Babysitter..nanny..dan sewaktu dengannya..

Bila akak cheq balik dia mesti akan tggl anak2 dia terlalu hyperaktif tu kat cheq then dia p kuaq dating dgn laki dia... dgn alasan susah nak bawa bdak2 p shopping... Ok alasan diterima.. kelmarin 5 org kanak2 xcukup umoq dititipkan bawah jagaan cheq...ermmm poning pala nak layan sorang2.. yang kecik cara kecik...besaq la haru biru...

2. Wat keja sorang..

Disebabkan semua dah bekerluarga jadi time mesti la ikut turn kan??? Paling kesian bila xda sapa balik..huhuhu semua cheq kena wat..penat tau..tapi xpa pengalaman hidupkan.. 
Bila balik semua pun most keja cheq kena wat sebabnya depa bz dgn anak masing2... Cheq sorang ja xda anak...

3. Sunyi..

Ni satu hal... cheq mmg rasa sunyi & keseorangan bila kumpul semua orang... errrggg mst hangpa pelik kan??? Awat xrasa cm tu... depa semua dok ceta sal skim gaji la... naik pangkat la.. cheq nak cerita apa... so bawa la diri..huhuhu nasib badan.. rasa cm nak kawen jugak pun ada..

4. Berebut kasih sayang dengan anak2 menakan..

Bila anak2 menakan cheq balik..cheq mst jeles tau...(ni masa kecik2 la skg dak dah) mcm mana xjeles...puan emak melebihkan cucu2nya daripada cheq anak kandungnya... masa ni rasa melukut tu lagi untung sebab boleh dok tepi gantang tapi si anak bongsu ni???

p/s : bab duit raya tu..errrkk t dah keja mampuih nak bayaq balik kat anak2 depa... skg dh da 5...lg 5 taon???


 

Thursday, 19 January 2012

Orang Lelaki memang kuat perasan ek???

Assalamualaikum...salam sejahtera...


Hari ni cheq nak taip tentang satu sifat orang lelaki yang cheq kurang gemar...yakni PERASAN...


Hangpa orang perempuan mesti take note apa yang cheq nak gi tau... Ekceli tahap keperasanan orang lelaki ni amat la tinggi.. berdasarkan research yg cheq wat peratus keperasanan lelaki 300 kali ganda dari perempuan..


Tak caya??? Sudah..


Okei dokei berdasarkan pengalaman diri dan membe2 sekeliling


Cheq ni seorang yg suka berkawan kalo da kwn baru mmg cheq akan selalu berhubung dgn dia especially trough fesbuk ke twitter ke... Pastu kalo dia minta tolong mmg cheq akan tolong tanpa byk bicara la...


Masalahnya sekarang kalo cheq baik dgn depa ja mesti depa pikiaq cheq dh tangkap cintan dgn depa...then start la menjauhkan diri dari cheq...mentang2 cheq ni muka tak market...tapi hypermaket kot... Plizz la bro.. kalo cheq suka kat ang xda masa cheq nk wat bek...ketaq kot...


Satu lagi habit pompuan usha opposite gender saja nak cuci mata... bila kita usha satu mamat ni lama2 mesti depa control macho gila...xpun jeling kita balik..plisss la wei..

Monday, 16 January 2012

Happy Tree Friends Vs Final Destination

Assalamualaikum orang-orang kampung cheq tau mesti hangpa semua rindu kat cheq kan???

Minta maap banyak2 la cheq agak kebizian dgn final exam untuk sem ni.. Cheq harap semua kipas susah mati cheq sihat dan akan selalu follow n3 terbaru dariku hukhukhuk...cheq terharu...

Minggu lepas da sorang membe cheq promote satu ceta kartun "Happy Tree Friends" dia kata tgk ceta ni sure cheq boleh imagine mcm mana otak cayaq meleleh...Masa tu cheq dh pikiaq kartun ni mesti kartun yg ngeri2 putus2 kepala bagai tu... kalo spesis tu mmg angkat bendera putih la...

Cheq ni jenis tak boleh tgk ceta mcm Final destination,Saw,Wrong Turn... Kalo tgk msti muntah ijo..nak kata takot darah tak tapi tahap keseriauan cheq amat tinggi dan susah nak bendung..

Pernah sekali mmbe cheq belanja tgk wayang.. dia kata tiket semua dah beli n ceta best.. dia suh p kat pawagam pkoi 2.30 ptg.. cheq kalo benda free ni mmg laju la.. sekali kat pintu hall "Final Destination 4" wait xkan kot... membe cheq kata pa "jom aku nak ubat penyakit ang tu"...weiiii ketaq + lembut lutut kot... tapi gagahkan juga nak jaga hati kawan... akhirnya dgn rasminya cheq mampu bertahan xsampai 30 min pertama ja pastu blah g toilet n sms membe "ang tgk la sorg2 aku tak tahan dah"

Berbalik kepada Happy Tree Friends ni bila gugel tgk picture kartun comei2 ja so cheq wat konklusi ni kartun ala2 kat Disney Channel takpun kat Cartoon Networks je ni...xda adegan 18SG ni..
 
tgk comey je kan bagi AFIQ tgk pun ok

Sekali tgk hamek kaw zizi... cm tgk FINAL DESTINATION versi comey dah.. ang nak adegan putus..hancuq..terbelah semua ada...Kira ceta ni complete la.. Pes tgk bajet cm ceta PINGU pun ada.. xda sora... pastu adegan lawak sikit... sekali masok part2 mengerikan mmg tak boleh nak patah balik la.. Kepala hancuq.. Kaki putuih darah merata... ergghhhh speechless sekejap pastu tutup laptop...

Jelangkung ni cakap Nogori kowt
Moral of the stories jangan judge sesuatu karton berdasarkan kecomelannya...Baik tgk karton The Grim Adventure of Billy and Mandy walaupun tak la comey cm Happy Tree Friends at least hantu dia cakap nogori...lawak ja...







Anak-anak kecik tak boleh tgk sbb cheq klasifikasikan Happy Tree Friends sbg 18SG.. adegan ganas yang melampau..Baru plan nak tgk dgn Afiq ermmmm terpaksa dibatalkan demi tumbesaran Afiq yg sedia maklum gemok tu tak terbantot...

Cheq dah tgk 2 episod sbb nak kepastian keganasan plus kengerian karton ni mmg ngeri mcm dh cakap tadi... AMBOI HANGPA TAK PAHAM LAGI KA...NAK CHEQ ULANG BAPA KALI...Cheq still tak boleh nk bayangkan mcm mana otak cayaq.. Adakah daya imaginasiku kurang??? Sbb org eksiden pun otak depa tak cayaq boleh kutip lagi...

Qasa2 tgk  Happy Tree Friends akan menyebabkan cheq terkejut pastu ilang semua reaction..equation yg ada dlm pala hotak ni ark???? Lusa ada satu paper lagi nieyh...

Pasni nak layan Barniey, Bananas in Pyjamas or Sesame Street je la... boleh sing along..hukhukhuk...^_^

Sunday, 8 January 2012

Isu Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setaq..

Assalamualaikum... n Selamat Pagi..


Seminggu lepas heboh kat TV3 yg kerajaan negeri KEDAH nak robohkan Madrasah Salihiah then gantikan dengan Mall.... so cheq pikiaq balik tak kan la Ustaz Azizan sanggup nk wat cm tu so cheq qasa ni mmg kerja Media nak habaq yg kerajaan Pas ni jahat gila so here Cheq nk jelaskan la isu ni... credit to blog wanmuhammadhazem


LATARBELAKANG:
PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.
DAKWAAN YANG TIMBUL DAN PENJELASANNYA:


1. Perobohan surau adalah tindakan zalim
Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!


2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri
Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.


3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki
Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.


4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan
Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.


5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah
Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.


6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat
Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.


7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga
Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.


8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali
Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?


9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?
Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.


10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex
Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.




sumber : 
Warta Darul Aman
*Saya mengharapkan agar seluruh pembaca dapat menilai sendiri mengenai persoalan dan penjelasan yang telah diberikan ini mengenai isu ini. Apa-apa pun, saya sentiasa mendoakan yang terbaik kepada Kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah untuk KEDAH SEJAHTERA… =) Insyaallah

Saturday, 7 January 2012

Nak kahwin dgn PM la...

Assalamualaikun n Salam sejahtera....


Ok di petang sabtu yg biol akibat menelaah tanpa henti dr malam tadi setelah pekena tongkat ali nescafe 3 in 1...  Cheq qasa mcm nak buat n3 gedikkss sikit... 

Bila wat belogwalking cheq tgk mostly bloggers especially perempuan suka wat n3 sal ciri2 bakal laki depa..
Antara laki yg depa nak mst ala2 Aaron Ajis @ Seth Tan...Romanntik siot..


Cheq lak xmo la mcm tu.... Cheq nak kahwin dgn Perdana Menteri @ President negara... tak kesah la laki cheq tu tak romantik janji dia PM.... Best kot jadi bini PM... Hangpa nak tau ark sbb apa best??? Tambah lak PM yg takoooot bini lagi best...


1. Cheq boleh pakai barang kemas yg mahal2 ke  limited edition...diamond kan women bestpren...Guna duit laki cheq la...


glamour mak...nokss dpt cincin mcm ni

2. Selalu p obersea sbb asben cheq selalu wat hubungan dua hala dgn negara lain...


3. Boleh tidoq kat hotel paling mahal di dunia...


uishhh mampu p dalam mimpi je
4. Kalo sora xsedap pun boleh dpat chance menyanyi kat TV... Cheq mmg sedia maklum sora katak panggil hujan lagi sedap dr sora cheq sbb tu xnyanyi... Tapi dh laki cheq PM ada cheq kisah.... semua org mst puji nya la... besa la manusia suka mengekon org...




Banyak kot kelebihan jadi bini PM ni... erkk malaih dah nak letak byk2... Hangpa doakan la cheq kahwin dgn President negara mana2 ke... President to be ke??? Cheq tak kisah...

Thursday, 5 January 2012

video balas Budak Pandai

Assalamualaikum n Camat Pagi Mesia...



To cik kak

Bukan kami para bloggers, facebookers or youtebers yg bukaq aib ang ok... ang yg buka sendiri

To all my pren kita mst open minded.. dah pepatah melayu da kata" masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau mengaum".. so cik kak ni just aplikasi pepatah melayu je...

To penyokong cik kak ni yg backup dia gila2 siap kata pic2 tu semua edited...aku nak gelak kat hangpa...HAHAHHAHAHAHAHA (ish..ish..tak baik tau)

Tuesday, 3 January 2012

Nur Amalina Che Bakri dah berubah??

Baru dua tiga hari lepas aku dgn geng2 aku dok sembang pasal bebudak yg dapat beratus berbelas A1 dalam SPM... Antara nama yang wajib disebut mestilah NUR AMALINA CHE BAKRI org pes dapat straight 17 A1.. Time tu aku baru form 1 semua sekolah pakat nak jemput cik kak ni bagi ceramah.. bukan tu saja dia juga jadi DUTA Astro TVIQ.. Faber Castle.. Pati ayam brand?? xsure n aku ingat lagi dia siap jadi jemputan baca puisi if im not mistaken masa Anugerah Bintang Popular Berita Harian...muka terpampang sana sini.. semua org nak wat dia as idol but no me.. bagi aku xda maknanya aku nak amek subjek bebanyak wat letih pengawas exam je nak teman aku t....


Aku dok godek2 belog2 org lain aku jumpa byk n3 sal cik kak ni yang berubah... Cik Kak ni dapat tajaan Bank Negara you..ko hada??? sambung study bidang perubatan kat UK.. Masa mula2 dulu cik kak ni bertudung litup...











Kini (pictures dari akaun fesbuk cik kak ni..dia dh delete dah) atas permintaan cik kak ni aku delete pic terkini dia even dh bermillion org dh tgk




Hari tu negara di gemparkan dgn  pelajar cemerlang negara yang kawen dgn kaum sejenis...So from my opinion tak guna bijak akademik tapi tapi tak cerdik agama...


Saranan aku b4 nak antaq student p obersea masa depa preparation depa patut masuk kelas agama la... ermmm so aku doakan yg terbaik la buat cik kak amalina ni..


p/s :

      *Wat rugi duit je antaq stok2 org cm ni.. Bek bagi kat org miskin yg dalam bersamamu itu...
       *If semua picture semua ni hanya super imposed(ayat retis you) hope pihak berkenaan tampil...semua        
         blogger dh hangat dr biasa citer sal ni
       * satu paper tinggal lagi 3 paper

Monday, 2 January 2012

Prosperity Bege Mekdi

Hai semua my kipas susah mati!!!!!!!!!!!!

Tengah2 dok study separuh mati ni tetiba lapau lak nak makan properity bege mekdi bila cheq nampak ABG Delibery mekdi masuk kolej cheq ni.. Huhuhu Tiap2 hari asyik tgk org je beli Dominau, Mekdi guna delivery bila lak giliran cheq pun xtau...

Aku paling suka makan chicken  prosperity bege tambah lak sekarang ni mmg musim arggghhh lagi la nafsu ni melonjak2...

Teringin sgt nak makan prosperity bege tapi apakan daya duit loan lak tggl bapa kupang je lagi... Jadi aku terpaksa la melawan dengan nafsu sampai balik umah 18.1.2012.. Tak lama dah 2 minggu lebih..

Dah aku xdapat makan tgk gambaq pun jadi la


Curly fries pun sedap gak... Tgk kat Surat Habaq Metroseksual harga prosperity bege satu set time lunch murah sikit... ermmm so 19.1 i will attack mekdi...

Sunday, 1 January 2012

2012... Zizi bakal ke alam seken series

Selamat tahun Baru semua....


Hari ni taon baru azam baru...baru la sangat.. sebetulnya azam yg tertunggak mengalahkan bil ayaq mak aku ja...


Lebih kurang 2bulan setengah dari hari ni aku bakal melangkah ke gerbang perkahwinan seken series... tak aku percaya aku dh nak masuk seken series... padahal aku masih lagi seperti kanak-kanak riang di taman permainan...


Tambah pulak dgn ketinggian model (model la sgt kan) org selalu menyalah faham yg aku ni masih lagi belajaq kat sekolah....huhuhuhuhu... baby face jugak aku ni.. Pasni kalo jumpa kengkwn mak aku kat market mau depa terkejut kot aku cakap "sy dh 20..dh masok unibersiti dah....


Kalo kat umah tu aku paling manja..anak bongsu katakan... mana mak aku p..aku ni keja follow ja..nak kata mak aku pakai shampoo follow me tak pulak tapi tu la... asyik nk mengekot.. xkan dh masok 20 nak wat keja cm tu lagi... tapi aku xkisah sebab nasib baik aku ikot mak aku bukan mak ayam kankankan???


Walaupun aku dh nk masok 20 tapi aku teramat sure layanan family aku kat aku mesti cam aku ni budak2 lagi... ermmm aku pun xfaham.... 


Azam aku untuk tahun ni...


Jadi better Zizi dari tahun lepas
At least 10 novel for this year ( aku rasa bakal lebih)