Wednesday, 13 June 2012

EXAM MOOD : Proses Globalisasi & Pengaruhnya

Sempena aku masih lagi dalam mood exam so n3 arini pun all about exam je.... no excuse...

Paper ketiga aku esok 14 Jun 2012- Dinamika Malaysia so aku nak ceta sikit pasal globalisasi kat hangpa semua sebab tajuk ni salah satu tajuk spot tau.... Hihi

Globalisasi


Merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleg sempadan dan kedudukan geografi melalui proses globalisasi dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara terbuka luas untuk dimasuki leh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi. Selain itu globalisasi juga dikatakan satu fenomena yang telah mengubah dan mempengaruhi sebahagian gaya hidup masyarakat. Dewasa kini, globalisasi juga dikatakan sebagai rentetan daripada kolonialisme semasa perang dunia kedua. Globalisasi itu sendiri mempunyai proses yang tersendiri.

Proses globalisasi yang pertama iaitu gelombang pertama hegemoni barat berlaku dalam lingkungan abad ke 15 hingga abag ke 18 , menerusi proses imperialisme dan kolonialisme ke atas negara-negara di Asia dan sekitar yang menyebabkan wujudnya negara bangsa baru. Australia dan new Zealand merupakan antara negara yang menerima kesan hebat rentetan proses kolonialisme British ke atas tanah puak Mouri dan Puak Aborigin. Akibatnya penduduk asal dinafikan hak dan budaya mereka hilang begitu sahaja setelah diserap dengan budaya-budaya dari barat.

Hegemoni Barat kedua berlaku setelah berakhirnya perang dingin dan kejatuhan kuasa Soviet Union. Pada ketika ini muncu Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia dengan membawa dasar New World Order. Dasar ini bermaksud meAmerikanisasikan negara-negara dunia ketiga. Tambahan, melahirkan pemikiran baru seperti consumerism, hedonisme, liberalisme dan indidualisme. Pemikiran consumerisme bermaksud masyarakat cenderung untuk memiliki barangan daripada barat.

Proses globalisasi ketiga dikatakan akan mendatangkan kesan lebih hebat kerana berteraskan ICT dan pasangan produk barat yang lebih meluas. ( Setakat ni dulu sebab xda idea dah )

Bagi aku globalisasi ni bawa keburukan dari kebaikan tak dinafikan kebaikan tu ada macam ICT. Dengan ada tenet kita boleh tau banyak info yakni baik or tak dengan duduk diam2 depan laptop. Then walaupun aku menetap di Malaysia, aku boleh makan makanan seantero dunia.


Keburukan globalisasi ialah identiti dan budaya sesebuah tamadun dilenyapkan. Kalau 200 tahun dulu dunia nie penuh dengan keunikkan setiap tamadun. Seperti Tamadun Cina, India dan Islam.. Dari segi falsafah, pemakaian pemakanan cara hidup seni bina semua berbeza.

ekceli masjid nie



India.


Tapi sekarang semua nampak sama...

Pikir2 kan lah nak ke kita semua dimakan oleh globalisasi nie??

p/s : k-pop tu globalisasi juga ke???

No comments: