Wednesday, 8 February 2012

Can speak korean & mandrin after eksiden..so amazing


Ini adalah cerita agak pelik pelik juga mengenai seorang remaja perempuan Noraini 17 dari Kelantan yang boleh bercakap Mandarin dan Korea dengan fasih selepas dia terlibat dalam kemalangan pada 13 Januari.




Kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.




Selepas koma 11 jam di ICU Hospital USM Kubang Kerian, doktor membuat imbasan di kepalanya dan mendapati ada darah beku, kemudian doktor membuat imbasan kali kedua dan doktor terkejut keranan mendapati tiada darah beku lagi.
Mungkin ini antara keajaiban dan kekuasaan Allah yang nak ditunjukkan, mana kita tahu kan.
Lagi pelik apabila tiba hari keempat Noriani terjaga dari tidur dan meminta air dari ibunya dalam bahasa Korea.




Menurut doktor berbangsa cina, Noraini boleh menyebut nombor dalam bahasa cina dengan betul. Sehingga doktor itu terkejut kerana belum berjumpa kes semenjak bertugas selama 17 tahun.
Noraini hanya mampu bercakap bahasa korea atau mandarin hanya selepas dia tidur semula selepas subuh dan bangun. Jika dia tidak tidur selepas subuh, dia tak akan mampu bercakap dalam bahasa asing itu. Pelik kan..maksudnya ada twist dalam otak dia selepas dia bangun tidur lepas subuh 




Sindrom bahasa asing/ foreign accent syndrome
Ada juga yang cheq baca mengenai kes yang dipanggil foreign accent syndrome, di mana seseorang itu mengalami gangguan otak dan mampu bertutur dalam bahasa asing.
Terdapat beberapa kes yang jarang ditemui, jadi kes Noriani ni mungkin tergolong dalam sindrom bahasa asing ni agaknya. Walaubagaimana pun ia sangat pelik dan ini menunjukkan kekuasaan Allah dan keajaiban yang kita tak terfikir pun.




Dari wikipedia
Kes seorang penceramah dari Crotioa: Beliau telah mendapat kebolehan  untuk bercakap dan fasih dalam bahasa Jerman selepas sedar dari koma.




Kes budak India boleh bercakap bahasa Inggeris
Pada 14 Julai 2007 seorang budak lelaki bernama Rajesh di sebuah bandar terpencil di India tiba-tiba mula bercakap dalam bahasa Inggeris, walaupun dia tidak pernah keluar dari kampung halamannya. Rajesh dilaporkan sebagai dikatakan  penjelmaan semula seorang saintis dari Amerika.




Kes Cindy Lou dari Washington yang mampu cakap Rusia pada tahun 2008
Cindy mengalami kecederaan otak dan mampu bertutur dalam bahasa Rusia walaupun ada kesalahan dalam pertuturannya.




Kes Sarah Colwill dari UK mengalami migrain yang kerap hingga dimasukkan ke hospital, apabila dia bangun dari tidur di wad hospital, dia mampu bercakap dalam loghat bahasa cina


hari ni dalam buletin utama..Adik Noraini tak bisa bertutur dalam kedua-dua bahasa tersebut apabila seorang translater di bawa ke rumahnya... Pelik kan semalam dia cakap waktu pagi je boleh hari 3 jam tunggu tak boleh nak keluaq pulak..lidah terkelu..


p/s : sapa2 yang kaki k-pop tu boleh la suh sapa2 langgar hangpa dari belakang for sure boleh cakap korea

No comments: