Sunday, 14 December 2014

Satu semester saja lagi

Hari ni pre-registration utk sem depan a.k.a sem akhir kat UTM tercinta ni.. Minggu depan dah start study week wahh cepat gila rasa satu sem habis tak dan nak cari pemilik tulang rusuk kiri (blueekkk)..

Sebagai rumusannya, aku boleh kata sem 7 ni agak mencabar la dengan nak buat projek tahun akhir lagi, assignment yang bukan calang2 lagi bahkan sampai ke saat  aku dok taip entry ni pun masih ada 2 assigment, draft yg kena hantaq selasa ni walaupun sesibuk mana pun sem ni yang paling aku pelik aku masih boleh tido pukul 12 lagi.. Aku pun tak faham dengan aku ni haisshhh...

Disebabkan tinggal lagi satu sem, ramai di antara classmate aku yang dah plan nak kerja, sambung master, 1 or 2 month break tapi aku masih dilema nak buat apa.. Kalo ikut hati yang lara lagi suci murni ni aku takmau dah nak sambung dalam bidang sains dan teknologi ni tapi nak sambung dalam bidang Sejarah pulak.. tapi pikiaq punya pikiaq sambung sejarah aku nak jadi apa cikgu? pensyarah? so aku decide nak kerja.. Dah tu 2,3 minggu ni akak2 lab biotech dok provoke aku suruh further master.. mcm2 depa dok cerita kat aku plus projek yang aku tgh buat la ni takda orang nak sambung.. rasa sedih pulak nak tinggal projek besaq setengah jalan ja.

Aku bukan takmau sambung tapi aku rasa aku ni xda potensi nak jadi pelajar post-graduate, CGPA aku bukan la tinggi mana pun sekadar cukup2 makan dan aku rasa paling tercorot dalam kelas tu. Nak writing paper nnt mmg tu bukan kepakaran aku, kalo suruh buat kerja2 lab tu aku boleh la. Yang tak tahannya, kak risha kata aku ada potensi, aku cepat buat kerja, aku ni determine la dalam buat kerja... hahhahahahahahah aku rasa lawak pulak.. Kalo hangpa nak tau aku ni malas tau nak masuk lab tu. nak banding aku dengan Puteri labmate aku tu mmg jauh beza rasanya, tang mana dia nampak aku rajin pun tak tau la...

Tak tau la nak sambung ka dak aku ni dah la lembut hati, dok selalu sgt paksa aku sambung satgi aku sambung pulak kot.. Tapi aku berat nak sambung nak dok dekat kedah pulak nak berbakti kat keluarga.

Apa-apa pun kita tunggu dan tengok je la



Friday, 17 October 2014

Homesick

For the first time ever I not coming back for mid-semester break!!!! Baru hari pertama tapi aku dah rasa nak meroyan, nak baling fon, nak terjun drp tingkap.. Macam-macam perasaan dan bisikan mai dalam satu masa.. Alhamdulillah aku masih waras…

Mungkin yg akan kata aku over.. hgpa tak faham aku ni jenis cuti je mesti kat rumah tau mana nak buang masa kat kolej ni.. Dah la kawan ada macam xda.. aku offer ajaq pi makan pun takdak yang respon macam mana aku tak sedih habaq mai kat aku?? Aku rasa sunyi sangat sambil ditemani dengan lagu-lagu daripada Glee ja… hahaha so sad

Tadi siap mimpi aku tekad balik.. siap makan nasi dgn
 gulai ketam lagi.. Pastu bila terjaga, baru realized yg tu semua mimpi.. Sedih sgt menanggis berbaldi jugak la tadi.. huhu

Yang peliknya terjaga drp tidur tu aku rasa kenyang hahahahahaha
Method ni patut diapplikasi oleh semua org dgn keadaan ekonomi yang gawat ni… makan hanya dalam mimpi pun boleh kenyang uolls

Mungkin sbb sunyi kot tu homesick ye la jiran tepi depan semua dh balik aku jd cik guard aras mau tak meraung haha

Friday, 25 April 2014

Pilih Bilik Lagi..

Rutin biasa setiap tahun bila nak melangkah ke semester baru, kena berebut-rebut pilih bilik secara online.. Ermmmm untuk tahun empat ni nak duduk bilik apa pulak la.. Tahun 3 ni aku duduk bilik single.. Best memang la best tapi kadang2 Ya Allah tahap keboringan tu sampai aku start berdialog dengan S.E.M.U.T... Yea semut sebab manusia tak da aku nak sembang.. Pakwe pun tak muncul lagi..

Bestnya dok bilik single ni aku boleh buat ikut sedap mak nenek aku ja sebab ni bilik aku.. Aku nak light off pukul 9 ke tak da orang nak marah.. Dulu duduk bilik dabel aku ada makan hati dengan rumate aku sebab aku nie jenis pkul 12 kena lena dah sekali dapat rumate pkui 3 baru lena mana nak masuk.. Aku nie kalo tido tak boleh ada cahaya kalo tak mmg tak lena la.. so kesian la kalo dapat rumate yang jenis studi pagi2 buta sebab akan dapat maki hamun daripada daku.. ermmm nak dok bilik dabel ke single ni???

Kalo bilik single I'll suffer from loneliness for another 8 months but kalo bilik dabel dapat pulak rumate tak sekepala pun disaster...

Apa aku nak buat ni.. oowwwhhh dilema macam nak cari menantu untuk Abah dan Mak..

Thursday, 24 April 2014

Kiamat Bersediakah Kita??

Hari nak buat entri pasal wacana ilmu kelmarin.. 


tajuk pasal kiamat.. Lately aku perasan ramai ustaz akan cakap pasal kiamat ye la kita dah berada di akhir zaman sgt dah. Panel wacana ilmu ni Ustaz Rifki dan Ustaz Anuar.. Dua2 ustaz ni mmg sempoi..

Kiamat dah bersediakah kita?? Sejujurnya aku belum sedia even though kiamat tu janji Allah s.w.t yang pasti terjadi..

Ustaz Rifki kata mereka2 yang berhadapan dengan detik hari kiamat ni "orang jahat" kerana sebelum tu orang-orang islam dah dimatikan dengan satu angin yang datang dari Syam.. Xdak sorang pun yang akan terlepas dgn angin ni.. Tak kira la hangpa sembunyi dalam gua sekali pun, angin ni akan pi kat orang yang ada iman dalam hati dia walaupun sikit (yg ni tak silap aku dgr dr ustaz Nazmi Karim)

gambaran hari kiamat pinjam drp Gugel
Kita la ni dekat sangat dah dengan kiamat ni.. Cuba hangpa tgk balik tanda-tanda kecik kiamat semua dah jadi dah.. La ni dok tggu tanda-tanda besaq kiamat ja mcm
1. lahirnya imam mahdi
2.Keluarnya Dajjal
3.Turunnya Nabi Isa a.s
4.Keluar Yakjuj Makjuj
5.Terbitnya Matahari drp Barat
6. Keluar haiwan yang melata

Antara kita sedar dan tak sedar ja la ni fitnah (ujian) utk orang islam berleluasa.. Kita dok nampak yg kat Syiria dan Palestin ja sbb depa diperangi tapi kita tak nampak yang depan mata kita ni.. Ujian perghhh dasat.. Maksiat sana sini.. Pemimpin pulak mcm ada tak ada ja.. Orang agama diam seribu bahasa..
 kalo fitnah yang kecil mcm ni kita dah goyah kita dah tak mampu mcm mana kita nak berdepan fitnah terbesar yakni fitnah Dajjal.. banyakkanlah berdoa supaya kita terlindung drp fitnah dajjal dan pakat amalkan surah alkahfi ayat 1-10 n 100-110..

Bahayanya fitnah Dajjal ni sampaikan takda seorang nabi yang tak peringat orang2 dia pasal ni.. ha cenggitu...

Malam tadi ada jugak tanya kalo kita dah kenai tu Dajjal awat kita masih nak ikut sbb kalo ikut logik akal kita takkan ikut..

Semua tau kan 3 tahun sebelum kedatangan Dajjal hujan hanya 2/3 setahun, tahun seterusnya 1/3 dan tahun keluarnya Dajjal mmg kering kontang... pokok2 mati, binatang mati.. kita pun mgkin tak tahan.. sampaikan ada yang kata lektrik tak boleh guna.. mmg hidup susah la waktu tu.. Tup2 Dajjal bawa mai roti bergunung-gunung, bawa duit, bawa kesenangan mau kita tak ikut.. time tu sapa ikut Dajjal dia akan jadi pengikut Dajjal dan akan ada puak yang tak ikut Dajjal.. Tempat puak yang tak ikut Dajjal ni dikatakan lepas Dajjal keluar tu tempat tu musnah.. kalo ikut teknologi zaman la ni kena bom la..

Kita orang muslim insyallah tak kan ketemu dgn Kiamat besaq tapi kita akan bertemu dgn kiamat kecil yakni mati.. Kita dah bersediakah??

Jom la kita sama2 tingkatkan amal ibadat kita naa.. 

Tuesday, 22 April 2014

Gusi Berdarah dan Rawatannya

Assalamualaikum semua..

Hari ni cheq nak kongsi sikit pasal gusi berdarah. Sapa yang ada problem gusi berdarah macam cheq jangan dok buat bodoh naa.. kena rawat tau kalo hangpa dok biaq lama2 makin serius cheq tak tau sbb cheq bukan dentist hihi

Minggu lepas dah habeh tak tau nak buat apa, cheq pi la melepak kat PKUTM tu.. Dekat ja belakang kolej cheq ni ja.. Gigi pun dah lama tak chek so pi chekup gigi plus cuci gigi sekali la.. Sebenarnya cheq ngilu nak scalling gigi ni.. bunyi dia tu yuuuuu mencengkam sanubari baq hang..

Tapi scalling Doc tu buat setengah jalan ja sebab gusi cheq berdarag teruk tahap kena smackdown dengan The Rock.. Okey cheq mmg ada masalah gusi berdarah.. bukan setakat time berus gigi time makan buah epal pun gusi boleh berdarah.. nampak dak kekronikkan nya disitu..

Nurse kat situ da la bagi sikit tips utk rawat gusi berdarah ni

1. Guna berus gigi yang lembut
2. Lepas berus gigi kumur dgn ayaq garam.. tapi kalo hangpa kaya beli ja Colgate Plax tu

3. Makan vitamin c.. yang ni cheq tak setuju sbb dah setahun lebih cheq consume vitamin c xkan xcukup lagi dalam badan ni

4.Makan buah dan sayuq banyak sikit

Tu je la yang nurse tu sempat pesan kalo hangpa ada kekdah len habaq mai sat naa

Tuesday, 1 October 2013

Miserable Day!!

Apa yang miserable nya?

My lab partner la. Antara banyak-banyak praktikal lab sepanjang pengajian cheq kat UTM ni rasanya kali ni paling TAK BEST dan STRESS.... Lab partner kali ni amat lah tak BEST!!!!!

Even sem lepas aku partner dengan Hao Ting si cerewet gilos dalam kelas pun tak da la rasa kebahagiaan berexperiment tu ditarik tapi bila berpasangan dengan Voldersort ni lab baru sejam tp dah rasa macam tiga jam.

Jenuh la nak tanggung penyiksaan selama beberapa minggu lagi.. Huisshhhh... Mau gugur lagi banyak rambutku ini..

Friday, 1 February 2013

::masak-masak:: puding TRIFLE

Lama tak update sejak2 cuti ni kan jadi hari ni cheq nak wat en3 masak2... 
Cuti kali ni cheq banyak masak puding ja sebab nak sahut cabaran seorang ostat ni.. Dia kata pompuan yang nak kawen kena tau paling kurang 30 jenis masakan...

Apa tu trifle??

Trifle ni puding yang lapis2 tu la...

contoh trifle

Resepi

Swiss Roll
Susu sejat 1 tin
Cocktail 1 tin 
Jelly Kristal - aku beli branda NONA perisa stramberi
Tepung Kastard
Gula


Orang kata nak cantik gula la bekas pyrex... so boleh nampak layer2 tu kannn...

Okey fisrtly apa yang hangpa perlukan ialah susun swiss roll tu... Nak nampak kemas potong kecik..
susun mcm ni tau..
 Pastu tuang ayaq koktail tu kat atas susunan swiss roll ni.

2nd layer- masak kustard.. Cara masak dia lagu ni 1 tin susu+1tin ayaq+gula(ikut suka hangpa nak manis tera mana) masak ni dulu atas api.. Pastu hangpa bancuh tepung kastard(7sudu besaq membukit) dgn ayaq then campurkan dgn susu yg tengah mendidih atas api... Agak2 dah likat tu tutup api pastu tuang atas swissroll...


3rd layer- tuang buah2 cocktail
4th layer- aku letak jelly-cara masak da kat kotak---rajinkan diri baca hihi
               nak tuang jelly tggu kastard tu keras dulu tau...jgn ikoot aku kira nak cepat ja...

Lastly aku letak lebihan kastard n tabur cokelat rice,,,,


jeng..jeng... jadilah my first trial



presentation aku fail kan..huhu

kalut sangat tu jadi lagu ni
ok la boleh makan... Nak sedap guna whipped cream.. aku nak jimat so guna kastard je la...