Sunday, 29 December 2013

2014 is coming!!!!

Assalamualaikum...

Hari ni 29/12/13 maksudnya sisa baki 2013 ni ada lagi 3 hari.. Okey rasa macam sekejap je setahun.. setahun berlalu macam tak sempat nak buat apa2.. Blog pun untuk tahun 2013 ni xbanyak sangat update.. Haishhh..

Tahun baru mestilah azam pun baru kan? So apa azam hangpa?

Azam cheq untuk 2014 ni nak ubah la asyik tiap2 tahun azam supaya jumpa Mr.Rite tapi tak pernah muncul pun.. Jadi untuk 2014 as 22 years old lady gitu I wish I'll become better person.. Cewaah speaking london lak pulak..

Dah nak masuk 22 tahun means dah tak lama nak jadi mak orang kot takkan nak perangai macam budak2 lagi? Aku kena la berubah tutup aurat dengan sempurna, tingkatkan amal ibadat, luaskan pengetahuan ilmu terutamanya tentang islam barulah aku boleh melahirkan seorang muhajidin.. pergghhh cita-cita ko CikYan tak boleh blah..

Tahun 2014 juga bakal melihat my lil prince no wearing pampers anymore.. I hope this may success

Afiq toilet training is coming soon!!!!

Sem depan jugak subjek berat2 doe, pastu praktikal lagi pastu bulan 9 dah jadi akak final year insyaAllah... Final year pun aku rasa condition aku akan sama je dgn tahun2 lain.. Masih tak jumpa my Mr. Rite.. Hahahahhaahhaah

31/12/13 my first paper begin... Wahhh macam tak cukup lg revise (tp ada masa update belog)

Doakan supaya aku buat yang teebaik yea.. So next moth i'll get my reward.. wakakakaka




Tuesday, 17 December 2013

Jihad Kecik : Boikot

Assalamualaikum..

Hangpa la ni dok boikot Mekdi lagi ka?

Ye la awal tahun aritu, Malaysians pakat memboikot Mekdi sampai hampir nak gulung tikar Mekdi tapi semangat Malaysians ni sekadar hangat2 taik ayam panu tambah pulak Mekdi bagi free meal.. Boikot ikut musim, padahal pergolakan kat Palestin, Syiria tu bukan ikut musim tapi setiap hari.. S.E.T.I.A.P H.A.R.I..

Alhamdulillah dan tahniah kepada mereka yang masih boikot produk Yahudi Laknatullah especially Mcdonalds

Kepada yang boikot bermusim tu, Aku harap bila hangpa nak makan tu hangpa pikiaq macam ni "Hangpa kenyang makan bege mekdi yg sedap gilooosss tu, orang palestin kena bom yg datangnya dari duit kekenyangan hangpa tu"

Aku tau ramai yang kata "Ala kita boikot Mekdi Malaysia, bukan nak bankrup Mekdi dunia pun"
                                      "Boikot Mekdi tapi mimun milo (Nestle), period guna kotex"

Yea Nestle, Kotek, Baby Johnson antara barangan popular under Company Yahudi.. Kalo org persoal aku cm ni senang je..

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalo aku start boikot semua barangan yang kegunaan harian, mau stress aku.. Last2 tak jadi boikot.. So sbb tu aku start dgn Mcd (alhamdulillah dh dekat setahun tak sentuh) InsyaAllah lepas ni aku akan boikot brands lain pula..

Jadi la seperti burung-burung kecil yang berusaha angkut ayaq utk padamkan api yg bakar Nabi Ibrahim. Walaupun impossible utk ayaq yg sikit tu memadamkan api yg marak tp at least berusaha..

Mungkin aku tak mampu nak bersama2 berjihad dengan para muhajiddin kerana iman aku tak da la setebal mana tapi dengan perjuangan aku yang tak seberapa ni aku mampu menolong saudaraku dari jauh..

Saturday, 14 December 2013

My Lil' Prince : Ahmad Afiq Aiman

Assalamualaikum!!

Hari ni CikYan nak ceqhita bout my lil' prince yang super duper potpet. Mungkin ada yang tak kenal sapa Ahmad Afiq Aiman ni? Anak CikYan ke? Adik ke? Errrkk boleh gi ka nak dapat adik puan mak pun dah lama menopouse.. Lain la kalo Incik Abah kawen lain..Choiiiiii..

Bagi ada yang tak kenal Afiq ni anak arwah akak aku dan sekarang ni dibela oleh Puan mak dan Incik Abah.. Kira cam adik cum anak aku jugak la..

Malam Raya Haji, kalut nak pakai baju raya so aku bg baju lama 


Tak lama lagi dah nak masuk tiga tahun tapi mulut ya Rabbi kalo hantaq pi pertandingan debat rasanya boleh menang.. Kalo dia sihat mulut tu akan stop bila lena ja...

Aritu, aku baling mercun 'pop-pop' kat dia sekali Afiq kata "Oh buah cempedak, terkejut akak"
Mula-mula aku terpinga-pinga juga, apa la budak ni cakap pastu baru aku ingat dalam UpinIpin, Kak Ros ada sebut "Bertuah punya budak, terkejut akak".. Rasanya yang ni sebenarnya nak disampaikan oleh Afiq..

Afiq dah boleh la baca Alif Ba Ta sampai Ya sebab boleh kata tiap2 malam pergi mengaji kat rumah mak cik aku.. Alang-alang makcik aku ajar anak2 dia ngaji ajar Afiq sekali.. Satu je peel Afiq kalo time rajin bukan main awal gi mengaji.. Kalo malas kita ajar pastu dia soal balik "ni apa?" "ni ba" "bukanlah ni ain"
macam2 la..

Lagi satu, da satu hari tu masa aku balik cuti midsem aritu,, Mula-mula afiq tgh mandi kt dalam bilik air.. Aku malas nak layan, gi luar, puan mak pulak solat.. Sudah solat puan mak pun panggil la Apit Eman tp senyap.. Puan Mak gi la usha... sekali Afiq dok sedap berkuak rama2 dalam kolah... Fuhhh nasib la ayaq sikit ja kalo penuh cuba hangpa bayangkan...

Dengar kecoh kt belakang aku pun mai la,, Punya sedap dia mandi dalam tu feeling kt pantai agaknya,, ye la time tu baru balik dr Pangkor.. Aku pun angkat afiq kuaq,, then aku suh dia tunjuk mcm mana dia masuk dalam kolah..

Punya kreafif budak2,, dia lompat then duduk tk simen atas tu, then masukkan kaki dulu....

Afiq..Afiq.. macam la ang ni.. Nak cerita pasal Afiq mau sepuluh hari meh layan gambaq

First time mandi pantai, terus demam

Gila kamera gak budak ni

Faktor menyebabkan ampaian puan Mak patah

Tuesday, 10 December 2013

Review Novel : Dia.....Isteri Luar Biasa

Assalamualaikum..

Suka kan tinggal belog xberupdate? Ala update pun bukan hangpa nak baca pun hihi

Okey xmo dah emo sal Alopecia la ni biaq pi kat dia la nak gugur ka nak tumbuh ka rambut oiii.. Tudia punya redhooooo...

Bukan apa cik baru lepas habis baca satu novel ni yg boleh dikategorikan Novel terbaik 2013.. Pepandai je CikBayam ni kan

Ni la novelnya.. Dia Isteri Luar Biasa

Apa bestnya novel ni??

Best la sebab ada Raden Amzar, tiap2 malam CiKBayam termimpi2 je tau kat Raden ni hihi

Ceqhita dia santai dan kelakar. Dewi Yusra demi meginginkan zuriat sebagai pewaris penyambung legasi Nasi Ayam Bonda aka Cik NAB dia sanggup cari suami sementera. Tapi Dewi ni tak mau la yg besa2 suami sementara dia mestila perfect baru la pewaris CikNab perfect

Macam2 la yg dibuat oleh Dewi demi nak memikat Raden kononya la ekceli Raden yg lebih2 ngorat Dewi..

Dewi dan Raden disatukan lepas satu eksiden.. aku rasa hangpa pun boleh agak.. Mula-mula buat jual mahal tapi demi penyambung waris Cik NAB akhirnya Dewi terperangkap dgn cinta Raden..

Apa reaksi Raden bila dapat tau Dewi kahwin dengan dia demi nak Baby je pastu akan tinggalkan dia??

Pakat2 beli la novel ni..Cik Bayam nak review pepanjang iolls xpandai lagi..hihi