Thursday, 30 August 2012

Raya ohh Raya


Assalamualaikum...

Dah masuk 12 syawal baru la nak update apa punya lem*** la aku ni tak pa masih syawal kan sebulan kan????

 So macam mana raya hangpa semua?? Cheq besa2 ja macam taun nie cheq tak p beraya mana pun pes raya dok umah ja jadi penunggu umah sebab sesunggut senggugut mai la pulak n setiap tahun arwah ada nak jadi penunggu umah but this year arwah dah tak dak...

Tak mo sedih2 jom layan gambaq2 raya... taun ni pes time cheq buat kuih raya.. Ada yang menjadi ada yang fail...hehe biasa la cobaan pertama orang kata kan

apa macam walaupun hangit rasa sedap tau!!


Disebabkan cheq cuti raya 3 bulan so my sista suh cheq pasang langsir... Dan perkara yang cheq paling tak suka buat  ni la

ingat senang ka nak buh besi ni kalo xda strategi yg betul
Raya ke-2 dan seterusnya baru p berjalan rumah sanak saudara dan masuk hutan... Tudia raya dalam hutan tau... Hangpa pernah buat ke??? hihi

dah lama tak jumpa budak2 nie.. 3 tahun dah berpisah

dah lemau time ni

beraya dlm hutan dgn hero2

Muka happy sgt la tu

kat laut la pulak.. kami mmg nature lover ^_^

nah amek gambaq hutan
dayang-dayangku hihi

bajet cun ditengah hutan

Sunday, 12 August 2012

Loghat tu penting

Assalamualaikum

Juadah berbuka semua dah siap masak so sementara nak tunggu waktu berbuka  meh kita update belog yang berabad tak update (nampak sangat aku penipu)

Actually hari ni aku nak cerita sikit pasal penggunaan loghat negeri, daerah, or etnik masing-masing. Pada pendapat aku tak salah jika kita berbicara menggunakan loghat kita sendiri. Aku orang kedah dan aku berbangga bercakap menggunakan loghat utara kerana bagi aku itu semua identiti aku.

Kadang-kadang aku respek dengan orang kelantan sebabnya depa tak kira duduk kat cerok mana kat dunia nie kalo depa juga geng depa automatik depa cakap guna bahasa kebanggaan depa yanki bahasa kelate.

Tapi amat mendukacitakan bagi sesetengah mereka diluar sana meresakan penggunaan loghat daerah dan negeri adalah tidak relevan lagi dewasa kini. Mereka lebih gemar menggunakan bahasa 'kay el' in order nak bagi nampak moden.

Tak salah nak menggunakan bahasa standard @ bahasa baku apabila kita berhadapan dengan mereka yang tidak memahami loghat setempat tapi apa yang menjengkelkan aku ada pulak manusia yang baru 2,3 bulan keluar dari tanah tempat lahir dia terus dah tak pandai bercakap guna loghat...Memang annoying pun ada bila berhadapan dengan mereka yang sebegini.

Berdasarkan pengalaman aku lah. Suatu hari tu aku ada bertanyakan kat budak coursemate aku ni kami tak rapat even 1 course dan berasal dari kedah jugak. Aku tanya dia " ang dok kedah kat na" dia balas "Changlun, ko lak kat ne?"

Pergghh... dia guna ko kot... hahhaahha awat dah lupa ka nak guna ang.. sama-sama asal kedah tak salah cakap kedah dengan aku pun... Asal changlun je pun len la ang dok bandar huhu.....

Ada lagi satu... member aku dia ni study kat kay el setiap kali chat dgn aku kat fb mesti guna bahasa kay el dia la... Dah xpandai cakap kedah dah...

Adoi baru pi sat dah lupa daratan ke???



P/S : Saya berbangga bercakap menggunakan loghat